15 Tip 'Wajib' Tahu Agar Terselamat Daripada Situasi Ngeri
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

15 Tip ‘Wajib’ Tahu Agar Terselamat Daripada Situasi Ngeri

Kamu selalu diberitahu untuk stay safe namun masih ada kejadian tak diingini masih berlaku. Satu perkara kamu kena fikirkan: Mungkinkah tabiat harian kamu sendiri yang menyebabkan dirimu terdedah kepada situasi berbahaya ini?

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Memang tidak adil jika wanita dipersalahkan sepenuhnya jika dia menjadi mangsa diragut atau diculik. Namun ada baiknya kamu, terutama yang selalu berjalan atau tinggal sendirian untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Lakukan apa saja dalam kudrat kamu untuk pastikan kamu sentiasa selamat. Baca ini dan kongsikannya dengan teman-temanmu okey.

 

1. Jika kamu berjalan sendirian, elakkan berbual di telefon. Ramai orang sangka kalau berbual di telefon lebih selamat kerana jika terjadi apa-apa teman berbual tadi boleh bantu kamu hubungi polis. Hakikatnya, ia sangat jarang berkesan. Berbual akan mengganggu tumpuan terhadap persekitaranmu.

2. Namun…bila kamu berjalan berseorangan, lebih baik memegang telefon bimbit dan bersedia untuk membuat panggilan kecemasan jika perlu. Kebanyakan telefon sekarang ada butang khas di skrin yang boleh diset untuk telefon 999 terus.

3. Tengok di bawah kereta kamu sebelum menghampirinya jika ia diletakkan di lot tempat letak kereta dan pada waktu malam.

4. Katakanlah kamu ternampak sebuah van diletakkan di sebelah tempat duduk pemandu kereta kamu, masuk melalui tempat duduk penumpang. Pernah ada kes penyerang menggunakan van yang kelihatan seperti a family car, malah menggunakan pelekat ‘Baby On Board’ untuk mengaburi mangsa.

5. Kalau kamu tengok satu daripada tayar kereta pancit, back away. Patah balik ke tempat yang kamu kunjungi sebelum itu, sama ada di restoran atau kedai, dan minta bantuan dari situ. Bila bantuan dah tiba, baru kamu pergi tengok keretamu. Katakanlah ada seseorang menghampiri kamu (walaupun dia seorang wanita) dan menawarkan diri untuk membantu, beritahunya dengan baik “Terima kasih, saya okey.” Jika lelaki yang datang mendekatimu, dia mungkin berniat jahat. Jika wanita, dia mungkin rakannya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor