15 Situasi Kamu Boleh Katakan 'Tidak' - Page 2 of 3 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

15 Situasi Kamu Boleh Katakan ‘Tidak’

Pernah tak rasa terpaksa untuk buat sesuatu yang kamu tak suka, contohnya, menjadi pengacara pada majlis kahwin sepupu? Kata pakar, jika kamu asyik mengiyakan, kamu berisiko melakukan apa yang orang lain mahu, bukan apa yang kamu mahu. Misi kamu: Katakan tidak untuk situasi seperti ini.

Foto: Shutterstock.com

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

6. Tunang ajak kamu berhenti kerja untuk pindah ke negara lain dengannya. Kalau kamu berat hati nak tinggalkan kampung halaman, tak perlulah.

7. Teman sekerja kaki buli paksa kamu belikan kopi mahal untuknya setiap pagi. Kalau ia tiada dalam senarai tugas rasmimu, hentikan.

8. Lelaki kamu minati ajak jadi temannya untuk sebuah majlis perkahwinan sebab dia kebetulan solo. Kamu jadi pengganti sementara? Nilaimu lebih tinggi daripada itu ya.

9. Diajak melepak selepas waktu bekerja semata-mata untuk sesi mengutuk bos.

10. Kawan-kawan kamu yang dah berpunya ajak kamu keluar sekali hujung minggu ini. Baik habiskan menonton drama kegemaran di rumah.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor