Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

15 Situasi Kamu Boleh Katakan ‘Tidak’

Pernah tak rasa terpaksa untuk buat sesuatu yang kamu tak suka, contohnya, menjadi pengacara pada majlis kahwin sepupu? Kata pakar, jika kamu asyik mengiyakan, kamu berisiko melakukan apa yang orang lain mahu, bukan apa yang kamu mahu. Misi kamu: Katakan tidak untuk situasi seperti ini.

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Seorang kawan yang kamu tahu tak pernah siapkan kerjanya ajak kamu jadi penulis bersama skrip barunya. Lompat ke 20 tahun depan: Separuh daripada draf kamu masih terbiar atas mejamu, habuk lima inci.

2. Bos minta kamu ambilkan dobi. Kamu nak dia ambil kira potensi naik pangkat sebab hal berkaitan kerja, bukan kemampuan di luar pejabat.

3. Si dia ajak kamu tonton perlawanan sukan dengannya padahal kamu langsung tak tahu – dan tak peduli – siapa pemainnya.

4. Jualan mengejut dengan potongan 50 peratus. Membeli sesuatu yang tak perlu walaupun harganya murah tak bantu kamu jimat duit ya.

5. Sebuah salon mencari model rambut untuk pertandingan penataan. Model di sini maksudnya bahan uji kaji. Sanggup?

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor