Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

15 Perkara Patut Kamu Lakukan Selepas Putus Cinta

Number 7 adalah penawar segala luka di hati. Percayalah, inilah perkara yang patut kamu lakukan selepas putus cinta.

50751899_m

 

1. Selami segala perasaan kamu

Tiada guna jika kamu menelan saja perasaan kerana lebih pentingkan ego dan tidak mahu dipandang lemah. Buang segala ego dan selami perasaan kamu. Guna semula egomu apabila diperlukan, seperti semasa di tempat kerja atau semasa traffic jam.

 

2. Tetapkan had masa untuk kamu bersedih

Kamu tidak boleh bersedih selamanya. Ceritakan pada teman-teman kamu, dapatkan sokongan mereka dan pastikan kamu serius untuk sembuh pada masa yang ditetapkan. Tiada set rule of thumb di sini, seperti ‘Hubungan yang lebih lama mengambil lebih masa untuk dilupakan.’ Kendali kesedihan kamu tetapi berpegang pada had masa yang sudah ditetapkan. Mengetahui kesedihan kamu akan berakhir tidak lama lagi, akan membuatkan kamu lebih semangat. Percayalah!

 

150723_DX_BathsLily.jpg.CROP.promo-xlarge2

 

3. Jauhkan si dia daripada kehidupan alam maya kamu

Jika kalian bergaduh bagai nak rak dan bencikan satu sama lain, buang saja si dia daripada segalanya. Jika sudah sampai masa kalian membawa haluan masing-masing, kamu boleh mute saja dia pada Twitter atau hide post si dia di Facebook kamu. Si dia tidak perlu tahu yang kamu sudah tak tahan mahu tengok avatarnya.

 

4. Buat senarai perkara yang kamu mahu lakukan untuk masa depan

Perkara-perkara ini akan membuatkan kamu lebih seronok dan semangat untuk berfikir selain dapat mengalih perhatian dan minda kamu semasa minda kamu menerawang memikirkan perkara-perkara yang pernah kalian lakukan bersama. Terdapat banyak lagi perkara yang lebih baik yang tidak melibatkan si dia dan kamu perlukan reminder seperti itu.

 

5. Buang kenangan lama

Ia ibarat emotional terrorism apabila kamu masih simpan jaketnya dan terbau-bau haruman si dia di jaket itu setiap masa. Nasihat Cosmo, buang saja! Jangan terus berpegang pada kenangan (dan bauan) yang sama…

 

bed-bedroom-cozy-forever-young-Favim.com-2382883

 

6. Buat sesuatu untuk kemas bilik kamu

Kamu mungkin boleh mengubah posisi katil atau wujudkan satu ruang untuk susun segala gambar polaroid dan Instagram kamu. Buatkan persekitaran bilik kamu kelihatan seperti baru dan segar.

 

7. Beli pakaian dalam baru yang seksi

Tiada apa yang akan membuatkan kamu terasa lebih seksi daripada pakaian dalam baru. Ia akan meningkatkan keyakinan diri kamu, walaupun tiada siapa dapat melihat kamu memakainya selain diri kamu sendiri. Enjoy keyakinan yang kamu rasakan itu.

 

8. Buat sesuatu untuk ubah penampilan kamu

Sesetengah orang tidak mengesyorkan memotong rambut ketika sedang bersedih tetapi  kamu boleh cuba untuk lalui fasa putus cinta. Mungkin jangan terus ubah daripada mermaid locks kepada pixie, tetapi potong sebanyak empat ke enam inci, ia akan buatkan kamu terasa lebih segar, lebih yakin dan lebih cantik. Tak percaya? Cubalah!

 

tumblr_inline_njfipoJaJ31qb4fo5

 

9. Mula membaca buku yang sudah lama berada di rak kamu

Kamu tak semestinya perlu habiskan satu buku tapi kamu akan rasa lebih baik untuk akhirnya lakukan sesuatu yang dah lama kamu mahu lakukan. Bila hidup kamu sudah kembali menyeronokkan, kamu boleh simpan semula buku itu di rak.  

 

10. Cari rancangan atau drama baru untuk kamu tonton jika rasa sedih itu kembali

Perkara paling buruk tentang putus cinta adalah ia datang tanpa diduga. Apabila kamu rasa yang kamu sudah move on 100%, ketika itulah memori lama datang kembali dan mengejutkan kamu. Ketika inilah kamu perlukan rancangan atau drama kelakar yang boleh buatkan kamu lupa tentang apa yang sudah berlaku.

 

11. Cari resipi baru dan cuba

Seperti cheesecake brownies atau homemade pizza. Luangkan masa untuk baking atau cooking dan kongsikan dengan teman-teman kamu atau nikmatinya sendirian. Melakukan sesuatu dan mencipta sesuatu menggunakan tangan kamu adalah salah satu terapi yang berkesan.

 

woman-shopping-for-shoes

 

12. Beli kasut baru

Apa yang mahu Cosmo katakan di sini adalah, just treat yourself.

 

13. Sleepover di rumah teman-temanmu

Sama ada kamu masih berumur 15 tahun atau sudah berumur 35 tahun, tiada had umur untuk kamu sleepover. Inilah salah satu kelebihan menjadi seorang perempuan. Kamu boleh lakukan apa saja kamu mahu lakukan tidak kira masa bersama teman-temanmu. Termasuklah pajama parties. Seronok, kan?


14. Date
dengan seseorang yang kamu rasakan tampan

Gunakan segala kelebihan yang kamu ada, gayakan pakaian baru, kasut baru dan rambut baru, kamu pasti akan kelihatan sangat cantik. Tetapi jangan cuba jadikan si dia sebagai rebound atau menjalinkan hubungan yang serius dengannya (kecuali jika si dia memang jejaka idaman kamu, so why not?)

 

party_advocate

 

15. Anjurkan parti hebat

Kamu tidak perlukan sebab untuk adakan parti. Jadikan parti ini sebagai celebration untuk kamu sebagai gadis bujang yang hot. Merancangnya akan membolehkan kamu melakukan sesuatu daripada memerap saja dalam bilik dan melayan kesedihan kamu itu. Mustahil untuk merasa sedih semasa parti yang hebat sedang berlangsung, kan? Siapa tahu, di parti seperti itu kamu dapat berkenalan dengan seseorang yang lebih baik daripada bekas kekasih kamu itu. Happy trying!

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Hannah Smothers

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor