Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

15 Perkara Patut Dihentikan Apabila Memasuki Usia 30

Nombor 13 adalah yang paling teruk!

Number Thirty Candles Mean Red Cake Candles Or Birthday Candles

1. Simpan kesemua wang kamu di satu tempat

Ironinya, kamu menjana duit lebih dari sebelumnya, dan kamu tak simpan kesemua wang di akaun simpanan biasa. Kamu perlu memastikan duit kamu berguna untuk kamu,jadi masukkan ia sebagai dana persaraan dan pelbagaikan portfolio perlaburan.

2. Bergantung kewangan pada orang lain

Jika kamu sihat tubuh badan dan miliki minda yang matang, kamu perlu menjaga diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Ya, kecemasan mungkin berlaku dan kamu perlu pinjam wang daripada ibu bapa dan teman-teman, tapi bergantung kewangan kamu pada orang lain tak boleh dijadikan rutin, okey?

3. Tidak mempunyai dana kecemasan

Pakar mencadangkan simpan sekurang-kurang tiga hingga enam bulan wang perbelanjaan kamu di akaun simpanan yang mempunyai high-interest.

4. Kekal dalam hubungan yang tidak baik terlalu lama

Jika kamu takut Bridget Jones masuk ke dalam kumpulan persahabatan kamu, kamu perlu lebih takut untuk kekal dalam perhubungan yang tidak sihat hanya untuk mengatakan yang kamu in relationship. Malah, kebanyakan wanita dalam 30-an masih lagi single berbanding sebelum ini – dan mereka okey.

5. Tidak berkomunikasi dengan teman lelaki

Seseorang atau orang-orang yang kamu jumpa perlu tahu apa terjadi. Kamu sukakan mereka? Kamu mahukan special date? Kamu ingin berkahwin? Kamu masih lagi dalam pilihan untuk suka-suka? Kamu mahu kenal orang lain lagi? Bercakap jujur. Kamu tak bertanggungjawab atas perasaan orang lain, tapi kamu boleh kurang melukakan hati orang lain dengan tak berbohong, berpura-pura atau senang cerita menjadi dungu. Senario terbaik, kamu dan kekasih kamu akan berpisah bukan kerana kamu tak serasi, tapi kamu agak selfish dan tak matang untuk menghormati orang lain.

6. Mengaku kamu tidak feminis kerana lelaki

Jika kamu takut lelaki memikirkan kamu seorang ‘femi-nazi’ kerana kamu mengganggap diri feminis, kamu perlu mula dating lelaki lain. Feminis mengatakan bahawa wanita layak untuk mendapat hak sama dengan lelaki. Kamu bukanlah ‘man-hater’ kerana kamu mahukan gaji sama rata. Lelaki yang tak memahami bukanlah lelaki; mereka adalah kanak-kanak. Ia lebih teruk jika mereka sangka buruk dan tidak suka pada wanita.

7. Tidak melepaskan tekanan

Menyimpan tekanan dan mahu selesaikan kemudian adalah satu langkah amatur. Kajian menunjukkan melepaskan tekanan boleh membantu kamu mengelakkan cognitive impairment dan membuatkan minda kamu jadi lebih muda. Jadi ambil masa untuk sama ada bersenam atau bercuti.

8. Abaikan masa tidur

Ya, kamu boleh berjaga setiap malam pada usia 20-an, kamu tidur sekejap dan kamu nampak segar di tempat kerja keesokan harinya. Malangnya, hari-hari kegemilangan itu sudah berakhir. Sekarang, kamu perlukan tidur  secukupya. Kamu juga tak boleh tinggalkan kesemuanya pada hari minggu – tidur berlebihan pada weekend boleh membuatkan kamu kurang bermaya pada hari-hari bekerja, menurut satu kajian di University of Texas Southwestern Medical Center.

9. Tidak berjumpa doktor

Kita semua salah jika kita menganggap kita hanya perlu berjumpa doktor apabila sudah sakit tenat, tapi pada usia 30, kamu perlu kerap membuat pemeriksaan untuk kolesterol, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

10. Menyimpan dendam

Menyimpan kenangan pahit dalam diam dan perasaan geram boleh membawa kesan negatif pada kesihatan emosi dan fizikal kamu, menurut kajian yang diterbitkan oleh the Association for Psychological Science. Tambahan, kajian menunjukkan forgiveness boleh meningkatkan kehidupan secara fizikal dan psikologi. Beberapa faedah termasuk tekanan darah rendah, kurang tekanan, kurang kebimbangan, kurang kemurungan dan juga kurang kedutan.

11. Crash diet

Kamu tak mahu makan selama dua hari kerana mahu kelihatan cantik dalam dress  untuk majlis perkahwinan rakan baikmu. Bunyinya menarik, namun ia idea paling teruk. Kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan tahap tenaga, merosakkan tumpuan, membuat kamu jadi muram dan terasa lebih tua! Tambahan , ia boleh menyebabkan kulit kamu berkedut dan kendur.

12. Makan seperti trak sampah

Makanan ringan ada masa dan tempatnya. Masa dan tempatnya ialah bukan setiap masa, di mana-mana saja. NO! Kalau kamu memerlukan pertolongan untuk berada di landasan yang betul dengan diet yang lebih sihat, jumpa pakar nutrisi. Beli makanan sihat, walaupun kamu dalam off-budget (tip: kacang adalah murah dan sangat sihat). Jika kamu kekurangan masa, kamu boleh masak masakan terlebih dahulu dan bekukan ia atau bayar perkhidmatan penghantaran makanan sihat jika mampu. Kentang goreng dan soda bukan sarapan yang betul!

13. Tidak punyai satu pun pakaian orang dewasa

Kamu sekurang-kurangnya perlu ada satu pakaian yang membuat kamu rasa selesa ke ruang profesional, tak kisah untuk interview kerja atau memohon pinjaman. Kamu tidak memerlukan clotheshorse, tapi kamu memerlukan sesuatu yang tidak menjejaskan kehebatan dan kemampuan kamu. Kalau wang menjadi masalah, pergi ke kedai yang boleh kamu berjimat-cermat dan menawarkan pilihan dengan harga lebih rendah.

14. Muncul lewat dan menyangka ia comel

Set alarm, keluar sedikit awal, dan hormat masa orang lain. Kadangkala, kamu perlu pergi ke sesuatu tempat tanpa maskara dan lari dalam pakaian ketat kamu. Deal with it. Datang lewat ke majlis menjadikan kamu manusia, itu biasa, tapi kamu harus memberitahu orang terlebih dahulu yang kamu lambat. Jangan buat temu janji jika tak dapat tepatinya.

15. Bandingkan diri dengan orang lain

Ia adalah perkara yang sukar untuk dilakukan tapi ia amat penting dan perlu. Jika kamu berterusan berfikir yang kamu tak ada apa yang perlu dibandingkan dengan orang lain, kamu tak akan dapat apa-apa dan membuatkan kamu lebih sengsara. Apabila kamu rasa susah untuk hentikan, refocus yourself.

 

Foto: INGimage/Artikel Asal: Christine Stoddard

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor