15 Peraturan Baru Untuk Menjadi Wanita Sejati - Page 3 of 3 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

15 Peraturan Baru Untuk Menjadi Wanita Sejati

Apakah yang membuatkan seorang wanita itu elegan dan sofistikated pada zaman ini? Yvonne Anjeline, Director & Chief Etiquette School di Singapura berkata, “fikir sebelum bercakap, melayan orang seperti mana kamu ingin dilayan oleh mereka, dan buat orang di sekelilingmu berasa selesa, dihormati dan dihargai.”

Foto: Shutterstock.com

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

11. “SEORANG WANITA TIDAK AKAN BERGANTUNG HARAP”

Dia tahu menjadi seorang bos bukanlah untuk kaum lelaki sahaja. Dia akan tingkatkan prestasi dan membuat semuanya sendiri. Dia tahu untuk membuat keputusan dan bertindak dengan cepat.

12. “SEORANG WANITA MENJAGA PENAMPILANNYA”

Dia tidak akan berasa serba salah selepas berbelanja di butik mewah supaya dia kelihatan menawan. Dia juga tidak kesah untuk menempah all-day spa. Dia tahu bahawa ia penting untuk memanjakan diri.

13. “SEORANG WANITA MEMBERIKAN MASA KEPADA DIRINYA SENDIRI”

Dia tidak sempurna – dia tidak akan menjadi sempurna dan tidak mengapa. Dia akan membuat kesilapan dan belajar daripadanya. Sejujurnya, mereka berpendapat tentang kesempurnaan merupakan seorang yang membosankan.

14. “SEORANG WANITA AKAN SENTIASA MENYOKONG TEMAN WANITANYA”

Dia mempunyai BFF daripada sekolah, rakan sekerja, gadis yang sering pergi ke gim bersamanya – walau siapa pun mereka, dia akan sentiasa menyokong dan berada bersama mereka. Walaupun kadangkala mereka berbalah mengenai isu remeh, tetapi tidak akan sesekali mengkritik perihal berat badan, cara berpakaian mahupun cara hidup temannya.

15. “SEORANG WANITA SENTIASA ADA PLAN B”

Dan jika dia seorang yang sangat teratur, dia juga akan mempunyai Plan C, D dan E. Dia tahu kehidupan tidak akan sentiasa mudah dan perkara tidak diingini boleh berlaku. Seorang wanita melihat ke hadapan dan tidak bergantung kepada sesiapa untuk menentukan kehidupan dan masa depannya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor