Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

15 Peraturan Baru Untuk Menjadi Wanita Sejati

Apakah yang membuatkan seorang wanita itu elegan dan sofistikated pada zaman ini? Yvonne Anjeline, Director & Chief Etiquette School di Singapura berkata, “fikir sebelum bercakap, melayan orang seperti mana kamu ingin dilayan oleh mereka, dan buat orang di sekelilingmu berasa selesa, dihormati dan dihargai.”

Foto: Shutterstock.com

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

6. “SEORANG WANITA TIDAK AKAN MEMBIARKAN LELAKI MELAYANNYA DENGAN TERUK”

Seorang gadis cool akan membiarkan pasangannya terlepas daripada shaddy stuff­ – tetapi bukan untuk seorang wanita. Dia sedar akan nilai dirinya dan jika pasangannya tidak – dia tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan hubungan tersebut. Prinsip hidupnya: hidup terlalu singkat untuk membuang masa terhadap lelaki yang tidak berhak memiliki dirinya.

7. “SEORANG WANITA BIJAK BERKOMUNIKASI”

Kadang-kala perkara tidak diingini berlaku dan jika dia tidak dapat menghadiri makan malam sambutan hari jadi temannya, dia akan segera mengangkat telefon dan menghubungi temannya. Jikalau dia perlu untuk meminta maaf kerana tidak sengaja ataupun sengaja memanggil kekasih baru temannya, seorang yang tak guna. Dia juga akan menelefon dan meminta maaf. Seorang wanita tidak akan menyorok di sebalik skrin hitam.

8. “SEORANG WANITA MUDAH MENGUCAPKAN TERIMA KASIH”

Dia peka dengan keadaan. Dia memberikan ang bao kepada makcik yang mencuci di pangsapurinya dan menghantar e-mel mengucapkan terima kasih kepada temannya yang mengirim jambangan bunga kepadanya kerana dinaikkan pangkat.

9. “SEORANG WANITA KONGSI KEBAHAGIAAN BERSAMA WANITA LAIN”

Apabila teman karibnya memberitahu “I’m pregnant!”, ataupun menunjukkan cincin lamaran kepadanya, dia tidak akan cemburu malah tumpang gembira. Seorang wanita tahu abila masanya tiba nanti, dia juga menginginkan senyuman dan kegembiraan daripada rakan-rakannya juga.

10. “SEORANG WANITA AKAN MEMBANTU”

Dia akan tolong membukakan pintu kepada seorang lelaki tua. Dia menolong temannya mendapatkan teksi selepas pillow talk sambil minum kopi di rumahnya. Dia dengan sopannya akan memberitahu teman karibnya jikalau solekan dia kelihatan sedikit comot. Oleh itu, segala kebaikan itu akan berbalik kepadanya – kerana ian suatu karma.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor