15 Peraturan Baru Untuk Menjadi Wanita Sejati - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

15 Peraturan Baru Untuk Menjadi Wanita Sejati

Apakah yang membuatkan seorang wanita itu elegan dan sofistikated pada zaman ini? Yvonne Anjeline, Director & Chief Etiquette School di Singapura berkata, “fikir sebelum bercakap, melayan orang seperti mana kamu ingin dilayan oleh mereka, dan buat orang di sekelilingmu berasa selesa, dihormati dan dihargai.”

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. “SEORANG WANITA TIDAK AKAN HILANG SABARNYA”

Dia akan sentiasa kekal tenang walaupun seluruh dunia bagaikan sedang meletup di sekelilingnya. Sama ada rakan sekerjanya mengambil kesempatan atas kerja yang diusahakan olehnya, ataupun apabila suaminya lupa tentang hari ulang tahun perkahwinan mereka – dia tetap berkelakuan classy.

2. “SEORANG WANITA TIDAK AKAN BATALKAN TEMU JANJI”

Walaupun kadang-kala dia berasa sangat letih, ataupun sedang PMS, dia tidak akan membatalkan temu janjinya. Walau terdapat pelbagai alasan yang boleh diberi, seorang wanita berfikiran bahawa dengan menghadirkan diri adalah sesuatu yang amat penting. She never bails on her commitments.

3. “SEORANG WANITA TAHU BILA MASANYA UNTUK BERHENTI”

Dia menerima hakikat apabila dia perlu meninggalkan that d-bag guy kerana bermain cinta dengan temannya menerusi Tinder. Dia tahu bila untuk berhenti daripada kerja yang tidak berkembang dan tahu untuk menolak pelawaan lelaki bila tidak terasa mahu keluar minum waktu malam.

4. “SEORANG WANITA TIDAK AKAN BERKELAKUAN TIDAK SOPAN”

Dia tidak akan sesekali bertindak pasif-agresif dengan memuat naik status mengenai musuhnya di Facebook dan tidak akan menjeling kepada pekerja wanita baru di pejabat. Dia percaya pada kepentingan melayan orang lain dengan rasa hormat.

5. “SEORANG WANITA TAHU KERJANYA”

Dia sangat hebat dengan apa yang dilakukan dan dia berbangga dengan pencapaiannya – tetapi dia sering bertanyakan soalan dan tidak pernah berhenti belajar perkara baru. Kadang-kala dia terlalu mengikuti jejak idolanya, Sheryl Sandberg yang sering kali terjatuh dek kerana kurang bernasib baik. Mempelajari kekuatan dan semangat di dalam dirinya, dia berdiri dan kembali melangkah yakin.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor