Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
morning exercise

15 Alasan Untuk Kamu Bersenam Pagi Hari

Malasnya nak bangun di pagi hari hanya untuk bersenam? Baik sambung tidur? Tunggu dulu, baca artikel ini sampai habis!

morning exercise

1. Kamu boleh lakukan sepanjang hari tetapi merasakan belum selesai. Kerana kamu berlari sudah 3km. Tak cukupkah?

2. Kamu sebenarnya memerlukan makanan sihat selepas itu. Kamu memulakan hari dengan membeli salad di kantin dan merasakan ia menarik (terutama ada mozzarella segar).

3. Kualiti senaman lebih bagus pada waktu pagi berbanding waktu lain. Sewajarnya, tubuh kamu lebih berkesan saat melakukan senaman di tengah hari. Namun, waktu kerja membataskan masa. Seandainya kamu jadikan senaman di pagi hari sebagai rutin, kamu tidak akan meninggalkan tabiat tersebut. Kajian menunjukkan apabila bersenam pagi menjadi rutin, kamu berjaya mengatasi kualiti senaman yang dikataka bagus waktu tengah hari itu.

4. Kamu kurang tertekan ketika masuk kerja. Malah kamu rasa selesa untuk bekerja lebih masa. Individu yang bersenam selalu dilaporkan lebih berkuasa dan mampu mengimbangi kehidpuan dan kerja dengan baik. Itu kata Sains.

5. Sesekali boleh berlagak sikit. Katakan, “Saya melihat perkara paling lucu di gim pagi ini” Kemudian lihatlah mulut rakan-rakan kamu melopong.

6. Kafein boleh melancarkan senaman, dan kamu minum kopi pun di pagi hari. Kajian menunjukkan pengambilan kopi sebelum bersenam boleh menganjak kelajuan, ketahanan dan kualiti bersenam. Minum segelas kopi sebelum bersenam boleh membantu kamu membakar kalori selepas tamat bersenam. Tentu sahaja, minum dalam jumlah banyak boleh memudaratkan jadi jangan berlebih-lebih.

7. Melancarkan selera makan pagi. Kajian menunjukkan pengambilan makan pagi memberi inspirasi pada individu untuk membuat pilihan terbaik sepanjang hari. Take that, breakfast-haters.

8. Tiada apa perlu ditakuti sepanjang hari. Semuanya lebih bagus. Dan, kurang berpeluh.

9. Rambut kamu cantik setiap hari. Situasi win-win ini: sekiranya kamu mencuci rambut selepas bersenam, ia pasti bersih dan berkilat. Kalau kamu mengikatnya pun, ia tetapi kelihatan cool.

10. Kamu perlu membakar lemak lebih lagi. Ada banyak kajian tentang bersenam dengan perut kosong, dan kajian terbaharu menyatakan kamu akan membakar 20 peratus lemak sedia ada di pagi hari sebelum makanan pertama. Namun, jangan tunggu sehingga tengah hari untuk makan. Menurut pakar diet Cristina Rivera, makan dahulu sebelum duduk di meja kerja agar motabolisma mula bekerja dan kamu pun tidaklah terlebih makan menjelang tengah hari.

11. Kamu mulakan hari dengan mood terbaik. Walaupun kamu mungkin bangun dengan perasaan beremosi namun melakukan senmana di pagi hari mampu meningkatkan endorphins untuk sepanjang hari.

12. Kamu lebih banyak tenaga saat bersenam. Betul! Fikirkan ini. Mana lebih susah: Tidur sepanjang hari? Menurut jurulatih senaman Stacy Berman, penganjur kelas Bootcamp bermula 5.30 pagi, dengan tidur yang cukup kamu akan dapat tenaga lebih banyak saat memulakan hari dengan senaman.

13. Kulit kamu berseri-seri semula jadi. Orang kata post-workout flush, “Look ma, no makeup!”

14. Mampu meningkatkan metabolisma! Menurut Berman, kamu membakar kalori dengan hanya seharian bila bersenam pagi berbanding jika kamu melakukannya malam walaupun sama banyak senamannya.

15. Kehidpuan sosial kamu padat. Kamu boleh lakukan apa sahaja kerana telah bersenam pagi hari. Kamu tidak akan ketinggalan. Jom, minum malam ni?

Artikel Asal: Elizabeth Naris
Sumber: Cosmopolitan US
Foto: 123rf.com