Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

14 Petanda Rakan Sekerja Ada Hati Padamu

Jika dia ada melakukan seperti nombor 13 ini, sah rakan sekerja ada crush dengan kamu dan kamu patut kahwini saja si dia.

19328715_m

 

1) Si dia selalu lunch break paa masa yang sama dengan kamu

Helah yang pintar bukan? Sama ada si dia cuba bersembang denganmu semasa beratur di kafeteria atau offer mahu tumpangkan kamu pergi makan burritos. Jika dia mengambil peluang ini untuk bersosial di pejabat, pasti ada sesuatu bukan?

 

2) Dia juga sering datang kerja pada masa yang sama

Mungkin juga dia selalu terserempak denganmu di kedai kopi yang selalu kamu singgah sebelum ke tempat kerja. Jika dia kelihatan seperti tahu saja jadual kamu dan selarikan dengan jadualnya sebagai alasan untuk berjumpa denganmu, itu adalah satu petanda yang jelas dia sukakan kamu.

 

3) Dia kerap mencari alasan untuk pergi ke tempat duduk kamu walaupun di situ bukan department dia bekerja

Adakah dia seorang yang sukakan hand-delivering documents? Kecuali jika crush kamu itu 60 an dan tidak mahu berurusan menerusi emel, itu sangat pelik!

 

4) Dia selalu belikan kamu lunch jika kamu terlalu sibuk

Ini adalah sesuatu yang nice people will do, tetapi juga sesuatu yang orang akan lakukan jika dia ada perasaan dengan kamu.

 

5) Shift dia juga misteri, selalu saja sama dengan shift kamu

Kamu baru saja menukar shift ahad kamu ke isnin dan peliknya, dia juga mahu menukar shiftnya.

 

6) Dia asyik mahu tahu jika kamu akan pergi ke majlis syarikat

Si dia akan berlagak seperti biasa dan memberitahu kamu dia tidak pasti akan pergi atau tidak tetapi si dia pasti pergi jika tahu kamu akan berada di sana. “Mungkin kita boleh pergi bersama?” dia mungkin akan bertanya dengan selambanya walaupun sebenarnya si dia sedang nervous.

 

7) Atau dia selalu saja akan mengajak kamu pergi minum atau apa saja selepas kerja

Si dia terlalu nervous untuk ajak kamu keluar, jadi dia akan ajak orang lain dan juga kamu bila berpeluang. Padanya, itu lebih normal.

 

8) Dia pasti mencelah jika kamu sedang berurusan dengan pelanggan yang annoying

“Ya puan, saya boleh buatkan puan triple-shot, double-foam, gluten-free, vegan Frappucino dengan setengah sudu cinnamon dan juga susu, tiada masalah.”

 

9) Dia kerap mencari alasan untuk emel kamu tentang kerja

Dan emel tersebut bertukar kepada non-work-related GIFS yang kelakar.

 

10) Dia memberitahumu yang dia juga akan berhenti jika kamu berhenti kerja

Kamu seperti sudah agak yang dia masih kerja di situ disebabkan kamu. Ini kerana si dia kelihatan seperti membenci kerjanya itu.

 

11) Kalian berdua mempunyai secret code untuk orang lain di dalam pejabat

Jadi, kalian akan bergelak sakan dengan bahasa dan inside jokes yang hanya kalian saja yang faham.

 

12) Hanya kamulah yang dia akan cari jika si dia dalam kesusahan

Hubungan kalian terasa lebih rapat daripada sekadar teman sekerja.

 

13) Dia akan cover untuk kamu jika kamu datang lambat

Jika dia mengalih perhatian bos kamu sementara kamu senyap-senyap pergi ke meja kamu, si dia adalah a keeper.

 

14) Kamu masuk ofis saja sudah buatkan si dia cergas sepanjang hari, lebih daripada kopi sendiri

Juga jika kamu yang belikan dia kopi. Kalian diibaratkan seperti coffee buds. Sentiasa melekat dan orang lain akan menganggap itu sama saja seperti kalian seolah-olah sudah berkahwin.

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Frank Kobola

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor