Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

12 Punca Wanita Turn Off Dengan Jejaka

Jika nombor 7 ini terjadi, maka selamat tinggal. Baca lebih lanjut untuk tahu punca wanita turn off dengan jejaka.

42530322_m

1) Jejaka yang langsung tidak bertanya tentang kamu

Ketika keluar berjanji temu, dia tidak bertanya satu pun tentang diri kamu! Pelik bukan? Ini adalah janji temu dan sepatutnya si dia menggunakan peluang ini untuk mengenali kamu dengan lebih dalam as a person. Tak habis-habi sbercerita mengenai dirinya saja!

 

2) Bila kalian sedang berbual, dia sibuk dengan telefon pintarnya

Apabila kamu sedang rancak bercerita tentang nenek kesayangan kamu yang baru meninggal bulan lepas, boleh pula ketika itu si dia mahu membalas Whatsapp semua orang. Excuse me!

 

3) Jejaka yang susah mahu ketawa

Mungkin sesetengah wanita juga sebegini tetapi tidak adil jika si dia langsung tidak terusik apatah lagi ketawa dengan inside jokes kamu? Ataupun mungkin keletahmu? Sangat pelik! Sama ada si dia memang sudah annoyed dengan kamu atau si dia memang semenjak lahir, adalah seorang yang membosankan. Either way, that’s a turn-off.

 

4) Jejaka yang memandang ke arah lain ketika kamu bercakap dengannya

Sama ada si dia memang tidak berminat dengan apa yang kamu bualkan atau si dia sedang melakukan eye contact dengan wanita lain. Sebab itu si dia tidak boleh menumpukan perhatiannya kepada kamu lebih dari 30 saat at a time. Make sense, bukan?

 

5) Jejaka yang tidak boleh berhenti bercakap tentang satu perkara yang sebenarnya tidak penting

Baguslah jika si di sukakan kerjanya atau suka memancing mahupun sukakan kasut Crocs kesayangannya, tapi sesiapa saja yang mempunyai jenis ‘who cares hobi dan mempunyai minat yang kosong terhadap perkara lain selain hobinya yang satu itu adalah sangat memeningkan. Kerana jika kamu suka memancing atau sukakan kasut Crocs juga, kalian boleh berbual tentang memancing mahupun Crocs. Tetapi, jika kamu tidak sukakanya dan hanya itu saja modal yang dia ada untuk berbual dengan kamu, angkat saja kakimu.

 

6) Jejaka yang berbau seperti mereka sudah berputus asa untuk mandi

Setiap orang mempunyai bau badan berlainan dan tiada siapa yang sempurna. Tapi pasti semua pernah keluar dengan jejaka yang seperti, “Hygiene? Apa itu? Saya sangat malas nak mandi, LOL,” dan si dia kalau boleh mahu lari dari meja makan kerana berbau sangat tidak menyenangkan. Super sad kerana kalian mungkin dapat menjalinkan hubungan jika si dia mengambil masa walaupun sekadar lima minit untuk bersihkan badannya.

 

7) Bila si dia berkata, “kamu tidak seperti gadis lain kerana_______.

Apa saja yang diisi di tempat kosong itu akan sentiasa kedengaran misogynist. Apa yang si dia cuba sampaikan? Pada si dia, kebanyakan gadis di luar sana tidak kelakar atau pandai seperti kamu hanya kerana mahu mengambil hati kamu saja. Tapi si dia tidak tahu bahawa kebanyakan teman-teman kamu berperangai seperti kamu, jadi pendapat si dia sangat tidak valid dan si dia kelihatan seperti orang yang tidak betul sekarang.

 

8) Bila si dia mengajak kamu keluar bersama teman-temannya tapi tidak pedulikan kamu

Jadi kamu pun asyik berfikir sama ada si dia betul betul sukakan kamu dan kamu pun cuba berbual dengan rakannya yang langsung tiada idea kenapa kamu berada di situ.

 

9) Bila dia menggelar bekas kekasihnya, ‘gila’.

Apa yang jejaka tidak tahu ialah, apabila si dia sudah mula memanggil bekas kekasihnya gila, ia adalah kod seperti menganggap semua gadis adalah gila (bermaksud satu hari nanti si dia pasti memanggil kamu juga gila). Jadi, kamu pasti tidak berminat lagi dengan si dia jika si dia bercakap seperti itu.

 

10) Bila si dia langsung tidak kisah dengan cara dia berpakaian

Tiada siapa yang sempurna, tapi jejaka yang hanya memakai t-shirt lusuh sewaktu berumur 13 tahun dahulu yang mempunyai zero sentimental value dan tertulis perkataan seperti ‘FunRun 2008’ bila mereka sendiri tidak pernah lari untuk apa apa acara larian, adalah sangat turn off. Ia mungkin hanyalah t-shirt dan mereka tidak kisah tapi ia juga mencerminkan diri mereka yang selekeh. Tidak mengapa jika si dia tidak sukakan fesyen atau mahu menjadi diri sendiri tapi jejaka yang langsung tiada effort mahu kelihatan presentable ketika temujanji (terutama sekali apabila gadis dijangka berpakaian cantik) adalah a big no.

 

11) Kuku yang panjang dan kotor, oh no!

Bukan saja ia sangat tidak menyenangkan tapi peluang untuk si dia menyentuh kamu dengan kukunya yang panjang dan kotor itu walaupun hanya berpegangan tangan, adalah tidak dibenarkan sama sekali.

 

12) Apabila si dia membuat senarai semua cerita, lagu dan buku yang si dia suka, namun tiada seorang wanita pun yang terdapat dalam senarainya itu

Atau si dia list kan seorang wanita dalam listnya seperti Beyonce, dan kamu 98% pasti si dia sengaja memasukkan Beyonce dalam senarai kerana mahu kelihatan seperti si dia juga sukakan ‘girl stuff. Itu sudah membuatkan si dia kelihatan teruk. Seni yang dicipta oleh para gadis dan wanita adalah yang terbaik dan bagaimana si dia tidak tahu tentangnya? Come on.

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Lane Moore

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor