Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Perkara Lebih Bahaya Daripada Curang

Curang adalah cara paling cepat untuk merosakkan hubungan. Tetapi menurut Ask Reddit Thread, ada perkara lebih bahaya yang boleh merenggangkan hubungan kamu.

 

22199136_l

 

 1) Tipu dan menyembunyikan perkara daripada pasanganmu

Walaupun kamu melakukannya kerana sayang dan tak mahu menyakiti hatinya, menyembunyikan perkara kecil daripada pasanganmu boleh menjadi masalah besar dan wujudnya trust issues yang boleh merosakkan hubunganmu. Menurut canada432, “kamu sepatutnya memberitahu partner kamu almost everything. Kalau kamu merahsiakan sesuatu untuk tidak menyakitkan perasaannya, kamu tidak patut melakukannya dari awal lagi.”

 

2) Mengelak daripada sebarang affection

Sama ada affection dari segi bersentuhan, bertanya kepada each other tentang perkara-perkara yang memberi makna, atau membantu satu sama lain mengharungi dugaan. Jika kamu selalu tiada di saat si dia memerlukanmu atau kamu asyik jual mahal saja, ia boleh membuatkan si dia ragu kepada kamu dan hubungan kalian.

 

3) Memendam perasaan

Menurut VoxMeretricis, “by the time ketidakpuasan hati itu diluahkan, the damage is already done” kepada hubungan kalian. Ia bermula tanpa disedari, tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi suatu yang besar. Inilah yang membuatkan ia bersifat damaging.

 

4) Kurangnya interaksi

Ini bukan lah bermakna kamu kurang texting setiap hari, tetapi kedua-duanya gagal untuk berinteraksi tentang perkara yang mengganggu kalian. Semuanya dipendam dan walaupun lama-kelamaan apabila perkara itu diketahui, pada masa itu, nasi sudah  menjadi bubur.

 

 5) Degil dan keras kepala

People say, kalau kamu sayangkan seseorang, sudah pasti kamu akan bertolak ansur bukan? Mereka yang hanya mahu ikut cara mereka sahaja tanpa menghiraukan pasangannya tidak seharusnya mempunyai hubungan dengan orang lain sebaliknya dengan diri mereka sahaja.

 

 6) Bergaduh tentang kerja rumah

Mungkin kamu fikir jika kamu gaduh dengan pasangan tentang turn siapa yang harus cuci pinggan mangkuk tidak menjadi masalah besar. Tetapi kamu tidak tahu bahawa itulah yang akan menjadi isu besar di kemudian hari.

 

7) Pandang rendah kepada pasanganmu

Pandang atau bercakap rendah kepada pasanganmu untuk membuatkan kamu nampak lebih hebat daripada si dia hanya akan memburukkan lagi hubungan kalian. Menurut messedfrombirth, memandang rendah kepada pasangan kamu adalah lebih teruk daripada curang kerana “ia membuatkan kamu rasa teruk tentang diri kamu,” jadi walaupun selepas hubungan kalian tamat, the damage is still there.

 

8) Berada di dalam hubungan yang kamu tidak rela

Stick together hanya kerana kamu tak mahu mengecewakan keluarga kalian dengan berpisah atau kerana kamu ada tiket konsert lagi enam bulan dan kamu risau tiada siapa yang akan menemanimu. Ini hanya akan membuatkan hubungan kalian menjadi lebih parah.

 

 9) Manipulasi

Kadangkala kamu tidak sedar yang kamu dimanipulasi oleh si dia atau kamu yang memanipulasi keadaan. Menurut reallybigleg, “hubungan yang telah membuatkan saya patah hati (adalah sebab saya memutuskan hubungan itu, tapi ini bukanlah kerana heartbreak…) membuatkan saya hilang keyakinan diri kerana sering dimanipulasi oleh pasangan.”

 

10) Kuat cemburu

Walaupun pasangan kamu tak curang sebenarnya, tetapi disebabkan keraguanmu dan masalah yang timbul akibat cemburu buta kamu itu, hubungan kalian jadi lebih sukar.

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Hannah Smothers

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor