12 Cara Tingkatkan Hormon Gembira - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
12 Cara Tingkatkan Hormon Gembira

12 Cara Tingkatkan Hormon Gembira

Cosmo akui bukan mudah untuk kekalkan mood gembira. Kamu tidak perlukan banyak, 12 perkara ini sudah mencukupi untuk bangkitkan happy hormones kamu!

12 Cara Tingkatkan Hormon Gembira

Foto: Depositphotos

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. BERMAIN BERSAMA HAIWAN PELIHARAAN

Berinteraksi dengan haiwan peliharaan atau lihat foto-foto comel kucing di internet boleh cetuskan naluri ikatan kamu. Berterima kasih pada evolusi: We trust animals with big eyes.

2. LUANGKAN MASA UNTUK MINDA KAMU

Ambil masa 10 minit (atau satu minit!) untuk bermeditasi boleh bantu tangani keresahan dan gantikannya dengan bahan kimia tenang yang terdapat dalam tubuh kamu secara semula jadinya.

3. GET OFF YOUR FEET

Hop, skip, jump. Kamu mungkin rasa kelakar melakukannya tapi ia sebenarnya magis untuk tingkatkan mood kamu. Apa-apa yang membuatkan kamu tertawa akan meningkatkan endorphins – terutama jika kamu gelak tawa sehingga sakit perut! Terima kasih pada pelepasan ketegangan otot yang tidak dijangka.

4. LUAHKANNYA

Sesi luahkan perasaan adalah prekursor kepada pemikiran positif, tidak kira jika apa yang kamu luahkan itu perkara remeh. Kamu rasa bonded dengan orang yang kamu luahkan perasaan dan ketahui bahawa orang tersebut lihat situasi itu persis kamu melihatnya, ia tingkatkan konfiden serta hormon kamu.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor