Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
jangkitan kelamin

11 Penyakit Kelamin Yang Boleh Menjangkitimu

Tak bermakna dunia kamu akan gelap jika dijangkiti STI (penyakit kelamin). Kebanyakannya masih boleh dirawat jika dikesan dari awal. Kuncinya adalah dengan mengenal pasti jenis jangkitan.

 jangkitan kelamin

 

1. HPV

Genital Human Papillomavirus (HPV) boleh menjangkiti kulit lantas menyebabkan perubahan luar biasa pada sel. Perubahan ini juga boleh menyebabkan kanser serviks.

Cara Jangkitan: Melalui aktiviti seks.

Cara Rawatan: Tiada ubat namun sistem imunisasi banyak membantu. Rajin-rajinlah lakukan ujian pap smear supaya dapat kesan tanda prakanser sebelum ia menjadi lebih serius.

 

2. Trikomoniasis (aka trich)

Parasit halus ini boleh menyebabkan iritasi dan keradangan di bahagian alat kelamin. Jika dibiarkan, kamu boleh terdedah kepada radang kronik lantas dijangkiti penyakit kelamin lain.

Cara Jangkitan: Melalui hubungan seks dan sentuhan vulva-to-vulva.

Cara Rawatan: Pengambilan antibiotik boleh membantu menyembuhkan jangkitan ini.

 

3. Kutu Kelamin (aka crabs)

Serangga halus ini (gulp!) meremut ke bulu daerah kemaluan, menyedut darah dan menetas telur. Gatalnya bagai nak gila!

Cara Jangkitan: Melalui aktiviti seks. Tetapi kamu juga boleh dijangkiti menerusi pakaian dan kain linen.

Cara Rawatan: Krim dan losen yang sesuai boleh membunuh serangga dan telurnya. Jumpa doktor segera okey.

 

4. Kutil Kelamin

Benjolan seperti kutil yang boleh membiak sekitar alat kelamin ini disebabkan oleh virus HPV. Ia buatkan kulit terasa gatal tetapi kamu tak rasa sakit.

Cara Jangkitan: Melalui hubungan seks dan sentuhan vulva-to-vulva.

Cara Rawatan: Tiada ubat untuk merawatnya. Namun virus dan kutil ini boleh hilang dalam masa beberapa tahun.

 

5. Gonorrhea (aka the clap)

Jangkitan bakteria yang menyebabkan kesakitan pada pelvis, radang dan keluarnya cecair putih kuning. Jika tidak dirawat, boleh menyebabkan radang pelvis dan kemandulan.

Cara Jangkitan: Melalui aktiviti seks.

Cara Rawatan: Doktor akan beri kombinasi antibiotik selama lebih tujuh hari.

41132577 - neisseria gonorrhoeae bacteria, artwork

 

6. Chlamydia

Kebanyakan orang tak perasan simptomnya. Tetapi kamu boleh merasai kesakitan pada pelvis, bahang semasa kencing dan keluarnya cecair putih pada faraj. Tanpa perubatan, ia boleh menyebabkan penyakit radang pelvis dan kemandulan.

Cara Jangkitan: Melalui aktiviti seks.

Cara Rawatan: Antibiotik selama lebih tujuh hari.

 

7. Herpes

Ada dua jenis kumpulan: HSV-1 dan HSV-2. Herpes boleh menyebabkan kesakitan kemudian pecah pada bibir faraj, zakar, rektum dan dubur. Yang mana boleh membuatkan kamu terdedah pada jangkitan STI lain. Ada juga kes herpes yang menyebabkan jangkitan meningitis dan boleh dijangkiti bayi baru lahir.

Cara Jangkitan: Melalui seks. HSV-1 boleh menular melalui ciuman.

Cara Rawatan: Ia boleh diubati. Pengambilan pil boleh bantu elakkan outbreaks.

 

8. Siflis (aka the pox)

Jika tidak dirawat, siflid boleh merosakkan jantung dan system saraf. Simptom paling ketara adalah benjolan yang tidak sakit dan ia boleh bertukar menjadi ruam merah.

Cara Jangkitan: Tersentuh benjolan siflis semasa seks.

Cara Rawatan: Menerusi antibiotik.

 

9. Super-Gonorrhea

Sama seperti bakteria lain, ia cepat merebak. Jenis terbaru kebal terhadap empat jenis antibiotik yang dulunya digunakan untuk menyembuhkan penyakit ini.

Cara Jangkitan:  Melalui seks.

Cara Rawatan: Rawatan terbaru yang melibatkan ubat-ubatan sama ada disuntik atau dimakan, bertindak sebagai antibiotik kedua.

 

10. Hepatitis B

Virus yangmenyerang hati dan boleh menyebabkan penyakit hati kronik. Antara simptomnya adalah keletihan, demam, penyakit kuning, kencing kotor, rasa loya dan sakit perut.

Cara Jangkitan: Aktiviti seks dan perkongsian jarum, pencukur atau berus gigi dengan orang yang telah dijangkiti.

Cara Rawatan: Sistem imunisasi boleh melawan jangkitan dalam masa enam bulan. Kes kronik dirawat menerusi jangkitan jangka panjang.

 

11. HIV

Human Immunodeficiency Virus (HIV) menentang system imunisasi dan menjadikan seseorang itu seolah-olah terkena selesema teruk. Tahap seterusnya membawak ke sindrom AIDS.

Cara Jangkitan:  Aktiviti seks dan berkongsi jarum; sentuhan padaluka.

Cara Rawatan: Masih belum ditemui tetapi ada ubat-ubatan baru yang diperkenalkan.

 

Untuk mengurangkan risiko STI, jagalah sistem imunisasi kamu dengan baik. Tidur sekurang-kurangnya tujuh  jam sehari. Elakkan makanan ringan, jangan merokok, serta dapatkan suntikan dan vaksin HPV serta Hepatitis B.

 

Foto: 123rf.com/Sumber: Cosmopolitan Amerika Syarikat

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor