11 Cara Kenali Baju Berkualiti - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

11 Cara Kenali Baju Berkualiti

Jangan tertipu dengan tag harga yang seakan besar dan nampak mahal itu. Inilah masanya kamu periksa kualiti baju kamu.

44109919 - close up pretty young woman shopping for clothes with her girl friends inside the clothing store.

Siapa tak gilakan baju-baju cantik? Cosmo juga begitu. Shopping pasti tak ingat dunia! Tapi siapa mahu tertipu dengan membeli sesuatu yang berkualiti rendah bukan?

Hanya kerana ia sangat murah, ia tidak semestinya tahan lama. Percaya lah, kami pernah mengalaminya. Kuasai diri kamu dengan quality control tips ini dan pasti kamu tidak akan tertipu lagi!

 

1) Lihat komposisi pada label

Oh, baju sutera yang fancy di kedai berjenama tepi jalan? Pastikan kamu periksa labelnya terlebih dahulu. Jenama-jenama pakaian boleh melabel apa saja yang mereka mahu, seperti sesuatu yang dilabel baju sutera sebenarnya in reality, bukanlah 100 peratus sutera. Untuk elakkan kamu tertipu, periksa labelnya dahulu ya?

 

2) Periksa lipit pakaian

Pereka pakaian suka menggabungkan lipit pakaian untuk dapatkan pakaian yang lebih extravagant seterusnya membantu untuk sembunyikan sebarang cacat cela apabila lipit yang lembut dan nipis digunakan. Juga, pakaian yang mempunyai jahitan tersendiri sangat sukar untuk dilakukan, lebih mahal dan hanya digunakan oleh sesetengah orang sahaja. Cuba kamu fikir, semakin baik sesuatu pakaian itu muat dengan kamu, semakin sukar pakaian tersebut untuk muat dengan orang lain.

 

3) Awasi warna pada pakaian

Kamu jumpa beg tangan yang cute atau jumper yang mempunyai corak cool? Great! Tapi hati-hati, jika terdapat kawasan berwarna putih yang luas diletakkan di sebelah kawasan berwarna, warna yang terdapat di kawasan berwarna mungkin akan tergesel ke kawasan putih tersebut. Ini selalu terjadi kepada beg tangan, jadi be careful!

 

4) Jangan tertipu dengan perincian

Jika sesuatu yang dijual sangat murah tapi dipenuhi dengan segala macam manik atau labuci, kamu sebenarnya sudah tahu yang ia pasti tidak akan tahan lama. Sedih bukan? Jadi, beli saja pakaian plain dan hiasinya dengan aksesori yang glamour. Tiada siapa mahu kutip manik atau labuci yang tertanggal di dalam mesin basuh kan?

 

5) Lihat gabungan cetakan pada pakaian

Jika sesuatu pakaian itu mempunyai cetakan penuh, satu cara untuk periksa sama ada ia diperbuat dengan baik ialah dengan membandingkan dua bahagian pada pakaian dan lihat jika cetakannya berpadanan atau tidak. Pakaian yang dihasilkan dengan baik akan mempunyai cetakan yang sempurna di semua bahagian tanpa sebarang ketidaksempurnaan.

 

6) Pastikan ia tidak tercarik

Kamu tahu jika kamu memakai sesuatu pakaian berulang kali, masa itulah segala macam benang mahu tercarik, pakaian menjadi lusuh dan lama-kelamaan ia berbulu. Annoying bukan? Secara jujurnya, perkara begini susah untuk dijangka, tapi jika pakaian tersebut sudahpun tercarik sebelum kamu sempat mencubanya, put it back on the rack.

 

7) Berikan percubaan cahaya

Pegangkan pakaian atau fabrik ke arah cahaya yang terang dan lihat sebanyak mana cahaya menembusi pakaian itu. Fabrik berkualiti tinggi selalunya tebal dan hanya sedikit cahaya boleh menembusinya.

 

8) Give it a gentle pull

Janganlah kamu menarik macam Tarzan semua baju dalam kedai itu tapi hanya gentle stretch kan fabrik tersebut. Kemudian lihat sama ada ia kembali ke tempat asal atau fabrik menjadi sedikit longgar atau tak tentu arah. Ini merupakan cara berkesan untuk tahu jika pakaian tersebut boleh muat dengan kamu buat jangka masa yang lama.

 

9) Pilih pakaian yang mempunyai zip tersembunyi

Duit yang kamu habiskan untuk membeli jaket fancy yang mahal dan mempunya zip yang terdedah itu, sudah tentu tidak berbaloi jika kamu tertumpahkan air padanya bukan? Jika zip bukanlah sebahagian daripada stail pakaian itu, maka ia bukanlah diciptakan dengan baik. Zip tersebut juga harus terbaring flat pada pakaian, lancar dan bukannya tersekat-sekat.

 

10) Lihat benangnya

Dengar macam simple, tapi jangan terkejut. Lihat dan periksa benang yang digunakan pada pakaian sama ada jahitannya sesuai dengan pakaian atau warna benang yang dipakai tidak kena dengan warna pakaian tersebut. Juga, lihat sebarang benang atau jahitan yang berlebihan. Kamu juga boleh menarik dengan lembut lipit pakaian untuk ketahui sebanyak mana fabriknya boleh memberi.

 

11) Pastikan ia mempunyai lapisan kain dalam

Lagi lagi jaket fancy kamu itu, jika ia tiada lining, maka ia bukan lagi fancy. Sama juga dengan beg tangan, jika ia mahal maka ia seharusnya mempunyai lapisan kain dalam. Simple, bukan?

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Daniela Morosini, Charles Minning, Cliff Yiu

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor