Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

11 Rumah Dengan Rekaan Paling Unik Di Dunia

Bayangkan kamu pulang dari kerja ke rumah idaman kamu. Rumah yang kamu sendiri cipta reka bentuk dalamannya, mengikut citarasa sendiri.

Mungkin rumah yang kamu diami sekarang tidak 100 peratus menepati cita rasa, apatah lagi dengan harga pasaran rumah yang meningkat naik. Asalkan ada tempat berlindung, kan? Tetapi 11 pemilik rumah unik ini boleh tersenyum lebar setiap hari apabila mereka bukan saja berjaya membina rumah idaman, tetapi ia tersenarai sebagai rumah unik yang membuatkan sesiapa sahaja terpegun melihatnya!

4 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

The Mirror House, Itali

BEAUTIFUL! Terletak di Bolzano, Itali, pengunjung selalunya terkeliru dan hampir melanggar dinding rumah ini. Yang uniknya, kamu tidak dapat melihat diri kamu di dalam cermin tapi sebaliknya hanya persekitaran di belakang kamu. Rumah ini dibenarkan untuk disewa untuk penginapan ataupun sebarang acara.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness