Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
101 Penyelamat Kulit Bahagian Bawah Lengan

101 Penyelamat Kulit Bahagian Bawah Lengan

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Fahami kondisi kulit bawah lengan kamu

Kenal pasti beberapa masalah biasa kulit bawah lengan yang Vaseline Deodorant Dry Serum boleh bantu untuk atasinya.

 

Kulit gelap daripada biasa

Salah satu masalah biasa yang kita dengar (dan memalukan!) yang kita alami adalah kulit bawah lengan yang gelap dan tidak sekata dan pesalah nombor 1 masalah ini berlaku adalah bercukur dan mencabut bulu di bawah lengan. Sementara ia sememangnya satu jalan yang paling mudah untuk membuang rerambut halus bawah lengan, namun ia boleh menjadi punca kepada keradangan, trauma dan geseran kepada kulit. Ia juga merosakkan lapisan bawah kulit serta memberi maklum balas dengan menghasilkan pigmen ekstra jauh di dalam, menjadikannya lebih sukar untuk mencerahkan.

 

Kulit kering 

Walaupun dengan lembapan yang cukup, kamu masih boleh mengalami masalah kulit bawah lengan yang kering dan ia semestinya amat tidak selesa kerana ia boleh menyebabkan kegatalan dan keradangan. Jika kamu sedang bergelut dengan masalah ini, mungkin kamu sedang mengalami alergi terhadap deodoran yang kamu gunakan sekarang ini. Bercukur dan waxing juga boleh menyebabkan kulit kering kerana ia adalah satu langkah pengelupasan dan memerlukan lebih TLC selepas melakukannya untuk mengembalikan lembapan kulit.

 

Bau

Peluh sebenarnya secara semula jadi tidak berbau, melainkan jika ia bercampur dengan bakteria. Penjagaan kebersihan dan menggunakan produk yang salah boleh mengakibatkan bakteria hidup seterusnya menjadi punca peluh berbau. Pengambilan beberapa jenis makanan dan minuman atau ubatan juga boleh menyebabkan badan dan kulit bawah lengan menghasilkan peluh yang berbau kurang menyenangkan.

 

Foto: Unsplash

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru