Uniknya Abu Dhabi! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Uniknya Abu Dhabi!

Antara lokasi must-go yang wajib ada dalam senarai travel wish list kamu, tentunya negeri di Timur Tengah ini iaitu Abu Dhabi. Apatah lagi ia menawarkan pengalaman padang pasir yang unik lagi tersendiri.

11745143 - grand mosque (abu dhabi) at sunset

Bermalam Dalam Kemewahan!
Untuk mengecapi pengalaman penginapan yang mewah, bermalamlah di Ritz-Carlton Abu Dhabi, Grand Canal. Hotel lima bintang ini antara yang pernah tersenarai sebagai salah satu hotel paling mewah di Abu Dhabi. Dilengkapi dengan bilik serta vila peribadi yang eksklusif, para petugas hotel juga akan memastikan setiap tamu dilayan bak raja dan ratu. Dengan pemandangan indah hotel yang berlatarbelakangkan Sungai Al-Maqta, kamu pasti akan lupakan kesibukan kerja buat sementara waktu.

 

Sentuhan Budaya
Destinasi pertama yang harus dikunjungi sudah tentulah mercu tanda Abu Dhabi yang paling popular iaitu Masjid Besar Sheikh Zayed! Diinspirasikan daripada bangunan Islam serata dunia, masjid ikonik ini simbol kejayaan seni bina Islam yang harus dilawati. Yang beragama Islam boleh menunaikan solat di sini dan bagi yang bukan, boleh turut mengunjunginya dengan syarat menutup aurat dan berpakaian sopan.

 

Irama Padang Pasir
Sia-sialah kalau berkunjung ke negara Timur Tengah tanpa menikmati keindahan alam semula jadi padang pasir. Jadi pastikan kamu mencuba pengalaman Safari padang pasir di The Arabian Nights Village, di mana kamu akan dibawa ke tengah padang pasir di sebuah resort terpencil yang miriprumah dalam filem hitam putih P Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok. Kamu bukan saja bakal menikmati pengalaman baru seperti menaiki unta, malah aktiviti lebih lasak iaitu meredah kawasan gurun pasir yang curam menaiki pacuan empat roda atau lebih dikenali sebagai dune bashing. Selesai aktiviti lasak, nikmati makan malam dengan sajian Arab asli seperti mezzeh, shawarma serta susu unta yang sedap dan unik, sambil diiringi tarian gelek Arab.

 

Hospital Burung 

Ya! Abu Dhabi mempunyai sebuah hospital burung yang dikenali sebagai Abu Dhabi Falcon Hospital. Ia sebenarnya khas buat burung-burung falcon atau Rajawali yang juga dijaga sebagai binatang peliharaan oleh golongan berada. Di sini, burung-burung ini akan dirawat dan diberikan layanan istimewa seperti manusia yang mengunjungi hospital mewah. Satu fenomena yang cukup hebat sebelum berangkat pulang dari Abu Dhabi.

 

Foto: 123rf.com

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist