10 Yang Pelik dan Menyeronokkan Tentang Tokyo!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Yang Pelik dan Menyeronokkan Tentang Tokyo!

Ikuti kembara Deputy Editor, Nisa’ Halid ke Tokyo baru-baru ini dan pasti ada yang kamu belum tahu mengenai apa yang seronok dan pelik di sana. Manalah tahu ia menjadi destinasi kembara yang bakal kamu tambah dalam bucket list tahun ini? Jom lihat!

IMG_0600

Sudah menjadi tanggungjawab penulis, mengembara ke serata dunia dan bila pulang kami perlu berhempas pulas menghasilkan satu report tentang negara dan apa tujuannya kami ke sana. Minggu lalu, kami ke Tokyo, Jepun (pertama kali menjejakinya) dan terima kasih kepada Dior Malaysia kerana memilih Cosmopolitan bersama dua lagi majalah lain ke kota yang sering kali kami ingin kunjungi. Kami ke sana atas jemputan menghadiri pelancaran produk terbaru Dior iaitu, Rouge Dior (gincu) dan juga Miss Dior Absolutely Blooming(wangian). Berjumpa pula dengan Francois Demarchy juga Peter Philips adalah kemuncak acara yang kami tunggu-tunggu selama ini.

Membesar dengan mencintai budaya dan makanan yang enak yang datangnya dari negara yang satu itu, memanglah mengujakan bila dipelawa ke Jepun. Lagi-lagi melawat negara yang kalau kamu google saja, imej yang keluar semuanya cantik-cantik belaka. Lampu neon yang berlainan warna bersinar-sinar boleh kamu lihat dari atas bilik hotel atau lampu menara Tokyo yang kalau kamu belayar bersama Cruise di waktu malam (baca post ini hingga habis sebab ada banyak foto-foto menarik mengenainya), makanan yang walaupun kamu lihat sama di Malaysia, rasa dan feelnya lain macam kalau sudah di sana.

Masa untuk boarding jam 10:50, malam Isnin, Julai 18 dan kami tiba di Tokyo jam 7:05 pagi (waktu di Jepun satu jam lambat dari Malaysia) keesokkan harinya. Sempat menonton dua filem Jepun – nak ambil feel bahasanya dan selepas itu sempat melelapkan mata. Tujuh jam di atas kapal, kami tiba dan terus ke Park Hyatt Hotel yang terletak di Shibuya. Lebih kurang dekat dengan kota dan selesa jika kamu mahu ke mana-mana. Cosmo sarankan kamu naik Tokyo Metro, mudah, cepat dan selamat. Kalau naik teksi okey juga tapi bersiap sedia lah dengan tambang yang akhirnya buat kamu geleng kepala.

 

DAY 1

[soliloquy id=”10749″]

1. Selepas check in, kami ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri dan sejam kemudian kami berkumpul semula di lobi dan bersedia ke Yanaka Ginza. Bila orang bersesak-sesak mahu ke kotanya, hari ini kami memilih menikmati ‘kampung’ yang laid back dan menenangkan ini. Banyak yang kami jumpa yang akhirnya buat kami decide untuk kongsikan dengan kamu semua. Yang pertama, tentulah makanannya. Kalau kamu lihat, bagaimana kuantiti makanan yang dimuatkan dalam dulang ini, begitulah juga dengan kedudukan kami di dalam restoran ini. Hanya ada tiga meja makan beserta empat kerusi kami duduk berhimpit-himpit namun sebaik tiba makanan, hilang sudah ketakselesaan berhimpit tadi. Lazatnya tak terkata, boleh gila menambah dibuatnya.

[soliloquy id=”10757″]

 

2. Usai makan tengah hari, kami berjalan melegakan perut yang kenyang. Banyak restoran yang kami jumpa dan rata-ratanya tidak kosong. Semuanya full house! Macam-macam kami terjumpa dan bila sudah berhenti, banyak pula yang dibeli. Apa yang ada di sini? (lihat gambar) Piring sushi yang unik, kopi dan teh yang berbau harum, baju kimono, fabrik kain Jepun dan banyak lagi barang souvenirs yang boleh kamu bawa pulang untuk yang tersayang. Selang membeli, kami bergambar. Cantik dari sudut mana pun, mungkin ini sebabnya banyak pelancong datang ke Jepun.

[soliloquy id=”10769″]

 

3. Kami terus berjalan lagi, apa yang pelik tentang Tokyo pula? Kami melewati rumah-rumah kecil di sekitar Yanaka, berminit kami memikir bagaimana mereka parkir kereta di halaman yang sempit? Bagaimana pemandu kuar dari pintu yang sempit itu (lihat gambar)? Mesin menjual air pula ada di mana-mana, basikal dibiar (parking) di mana saja. “Tak ada pencurikah di sini?,” bisik kami berempat. Sambil berjalan, mata melilau ke sana sini. Ada ibu-ibu yang mengayuh anak kecil di depan dan anak yang besar sedikit di bahagian belakang. Jika anaknya tidur, makin laju kayuhannya. Kami pula yang berdebar melihat lagat mereka.

[soliloquy id=”10789″]

4. Bukan itu saja, setiap bangunan dan ruang diisi. Tiada ruang yang terbiar, ada saja perniagaan yang dijalankan- kalau bukan perniagan ia dijadikan tempat letak kereta pula. Ada kafe tanpa kerusi meja – seperti drive thru. Ada butik pakaian dan pelbagai bentuk perniagaan lagi. Memang istimewa! Di lorong pejalan kaki, di antara bangunan dan jalan raya, kamu akan perasan yang lorong itu dibahagikan kepada dua. Satu untuk pejalan kaki dan satu lagi untuk penunggang basikal. Jadi tak adalah adegan berlanggar sesama sendiri kerana orang Tokyo banyak yang gemar berbasikal. Mungkin ia murah dan menyenangkan.

[soliloquy id=”10783″]

 

5. Sudah lama kami berjalan, haus mulalah terasa. Kami singgah masuk ke salah sebuah mini mart di Yanaka. Lihat apa yang kami jumpa! Mereka jual bawang dalam kuantiti yang kecil dan dibalut pula cantik-cantik. Nampak segar dan cute! Bila membayar, mereka akan mengeluarkan bekas duit untuk kamu letak. Senang, tak bersepah atau terjatuh. Kamu juga perlu berada di belakang garis bewarna dan mereka di Tokyo sangat akur dengan undang-undang ini. Semua berada di belakang garis bewarna sehingga dipanggil, Next!

[soliloquy id=”10796″]

 

6. Sudah puas merasai makanan Jepun, kami cuba ke kafe pula. Kali ni, kami pilih L’Occitane Cafe. Kamu tahu tak yang di Tokyo ada banyak kafe daripada jenama kecantikan? Dan L’Occitane adalah satu antaranya selain Bvlgari dan yang lain-lain. Menariknya, kafe seperti ini turut mendapat tumpuan ya. Ramai juga pengunjungnya. Berada di tingkat atas (di bawahnya adalah butik L’Occitane) bersama dekorasi cantik yang dihiasi bunga-bungaan segar ramuan utama produk ini. Seronoknya kalau ada satu kafe seperti ini di Malaysia, kan?

[soliloquy id=”10802″]

 

7. Sebelah malam pula, kami ke Symphony Cruise untuk makan malam. Memilih makanan barat dengan elemen Jepun memang sedap tak terkata! Ditambah pula dengan pemandangan indah di sekeliling Tokyo Bay. What an experience! Again, thank you Dior! Tak tahu berapa ratus gambar yang kami ambil – tapi itu bukan ceritanya, ceritanya ialah, tak kira berapa ratus gambar yang diambil dan berapa belas orang yang kami paksa ambilkan gambar, mereka dengan sopan akan menunggu dan bertanya, “Is the pictures, okay?” Selepas kami mengangguk dan tunjukkan signal ‘bagus’ barulah mereka berlalu. Baik lelaki atau perempuan, itulah reaksi yang akan mereka berikan. Setelah dua jam lamanya diatas kapal, kami berlabuh. Masuk ke badan teksi dan kami berempat dibawa terus ke Hotel. Trafik sesak sedikit malam itu, berkali-kali pemandu teksi mengucap maaf kerana lewat tiba di Hotel. Baik sungguh!

 

DAY 2

[soliloquy id=”10829″]

 

8. Kami mula hari seawal jam tujuh pagi. Sarapan pagi dan terus ke Matsuya Ginza demi mencari snek untuk dibawa pulang. Comel-comel dan pelik juga pencuci mulut orang Jepun. Kami jumpa tembikai bersegi empat! Rasa nak ambil gambar setiap jenis pencuci mulut yang ada! Nasib baik ketika itu kami tidak punya masa yang lama. Setiap kali bertanya salesgirl tentang arah dan kedai, jika mereka tak tahu, mereka akan meminta maaf berkali-kali. Mungkin sudah menjadi budaya mereka begitu barang kali. Selepas membeli-belah, kami ke Omotesando, di sini nampaknya sama seperti Korea, Singapura, Hong Kong bagi kami. Tapi, lorong Harajuku memanggil kami untuk bergambar seketika. Banyak kedai-kedai unik yang menarik yang menjual bermacam-macam barangan. Letih berjalan, kami berhenti untuk makan tengah hari kerana waktu pun mencemburui kami.

[soliloquy id=”10816″]

9. Kami pulang ke Hotel sebaik saja selesai makan. Kami bergegas ke acara utama kami ke Tokyo. Pelancaran Rouge Dior dan juga Miss Dior Absolutely Blooming. Kami disediakan dengan infomasi tentang produk-produk terbaru Dior ini dan kamu boleh lihat gambar-gambar yang kami rakamkan sepanjang acara itu. Untuk ketahui lebih lanjut tentang produk ini, dapatkan Cosmopolitan edisi Oktober 2016 nanti ya! Malam itu kami habiskan bersama rakan media lain yang turut hadir sama untuk acara ini. Ada yang datang hari Indonesia, Thailand, Korea dan lain-lain lagi. Lihat saja bertapa indah dekorasi Gala Night, Cosmo loves it!

[soliloquy id=”10839″]

10. Mengakhiri kembara di Tokyo, kami tak lepaskan peluang ke Don Quijote selepas selesai acara bersama Dior. Bukan wanita namanya kalau tak bershopping sakan bila di negara orang. Bertambah best bila pusat beli-belah ini buka 24 jam! Memang sesuai untuk kami yang tak cukup masa dan yang perlu berangkat pulang esoknya. Macam-macam yang boleh kamu dapati di sini. Dari beg tangan mewah, gajet, barangan elektrik, solekan, barangan rumah dan banyak lagi. Seronok pula melihat secara detil barangan yang tak pernah kamu jumpa di Malaysia dan semuanya comel belaka. Walaupun lawatan kali ini agak singkat namun banyak pengalaman yang kami peroleh di sini. Till we meet again, Tokyo!

 

Oleh: Nisa’ Halid

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor