Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Yang Menarik Tentang Pulau Bohol, Filipina

Diselimuti bukit-bukau menghijau dengan keindahan pantai, segala-galanya sungguh asyik di sini. Pulau ke-10 terbesar di Filipina ini juga kaya dengan warisan sejarahnya.

4 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. Jelajah Sungai Abatan

Cosmo paling suka bila dapat menikmati keunikan budaya dan tradisi petani serta nelayan di sekitar sungai Abatan. Bermula dari Abatan River Visitor Centre, kami menjelajah ke lima buah kampung yang memperkenalkan keunikan dan sejarah kehidupan mereka. Di sini juga kami diperkenalkan dengan makanan tradisi yang banyak menggunakan ubi kayu, keledek dan pisang. Juga tarian dan nyanyian oleh orang-orang kampung. Jangan lupa beli barangan rotan yang cukup berkualiti dengan harga serendah RM5!

Related image

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor