Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
flu

10 Tip Pakar Untuk Tepis Jangkitan Selesema

Curi helah doktor ini dan elak terkena jangkitan selesema dengan segera.

flu

 

1. Simpan Stok Probiotik

Menurut Shabir Daya, pakar farmasi, “Bila terasa nak kena selesema, saya akan ambil empat kali, lebih daripada dos probiotik biasa. Oleh kerana kebanyakan sistem imunisasi terletak dalam perut, it makes sense,” katanya. Satu kajian Danish mendapati bekalan probiotik akan mengurangkan tempoh jangkitan selesema, demam dan batuk sebanyak 48 peratus.

 

2. Buat Smoothie Pencaras Selesema

Kata Sara Bunting, pakar dermatologi, “Bila tiada selera namun tubuh inginkan vitamin dan mineral, saya akan bergantung pada jus epal dan kiwi yang kaya dengan vitamin serta beri biru dan strawberi yang kaya antioksidan. Saya adun kesemuanya dengan sedikir flax seed dan serbuk beri goji.”

 

3. Pergi Sauna

Ronald Eccles, pengarah di Cardiff University bahagian Common Cold Centre di UK berkata, kalau kamu sudah terkena jangkitan selesema, duduk dalam bilik panas. “Virus selesema mampu mereplikakan suhu 32 darjah celsius, jadi sauna cara terbaik untuk hentikan virus,” jelasnya.

 

4. Panaskan Badan

Ian Marber, pakar terapi nutrisi, berkata sup ayam dengan cayenne pepper, bawang dan halia menambah kualiti antivirus. Cayenne melegakan demam dengan memberi simulasi pada sistem peluh, manakala bawang merah dan bawang putih adalah antimikrob dan kaya allicin, pelega semula jadi bagi hidung tersumbat.

 

5. Jangan Melawan

Itu nasihat Chris Steele, doktor. “Selesema itu penyakit biasa, nak lawan pun sia-sia saja,” kata Dr Steele. “Ramai orang akan cuba lawan tetapi lebih kerap kamu kena makin susah ia akan kembali. Jika kamu rasa sangat lemah, siap dengan sakit sendi, rasa dingin dan kelesuan, kemungkinan kamu bukan sekadar kena selesema. Jadi berhati-hati dengan simptomnya dan jumpa dokor jika semakin teruk.”

 

6. Ambil Vitamin C

Menurut Catherine Collins, pakar diet, makan Vitamin C. “Ia menambah pengeluaran sejenis peptida dikenali sebagai cathelicidin, yang akan menampakkan virus itu pada sistem imunisasi.”

 

7. Berhenti Bersenam

Itu nasihat Brian Cunnifle, pakai sains sukan. “Saya akan kurangkan latihan bila terkena tanda-tanda selesema. Senaman mencetus pelepasan hormon tekanan, yang mempunyai efek imunosupresif pada tubuh kamu. Biasanya, ini normal tetapi jika kamu mula terkena selesema, bersenam akan menjadikannya lebih teruk atau memanjangkan simptom,” jelasnya.

 

8. Mandi Air Sejuk

Saranan Philip Weeks, pakar akupuntur dan herba ini mungkin bunyinya tak berapa menarik, tetapi ia sebenarnya boleh membantu selesema daripada bermula. “Kajian menunjukkan pancuran air sejuk boleh menambah pengeluaran sel darah putih yang melawan jangkitan. Sedikit kegunaan air sejuk bila kamu nak habis mandi sudah pun memadai,” katanya.

 

9. Minuman Istimewa

Kamu boleh ikut cara Lily Yu, pakar akupunktur perubatan Cina yang suka minum teh amachazuru. “Ia dikenali sebagai ‘herba sambung nyawa’. Halia dan kayu manis memanaskan tubuh dan penuh dengan antioksidan,” katanya.

 

10. Cuba kuib Ais

Pakar botani, James Wong berkata, bila terasa nak kena selesema, dia akan rancang satu menu untuk melawannya. “Saya mulakan dengan cendawan shiitake atas roti bakar, kerana ia mengandungi unsur penambah imunisasi yang tinggi dikenali sebagai lentinan. Kemudian saya makan aiskrim – dengan mencampurkan sedikit echinacea dengan jus buah – yang terasa seperti satu kudapan istimewa berbanding ubat, dan ia juga baik untuk sakit tekak.”

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor