10 Tip Capai Azam Tahun Baru! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
new year

10 Tip Capai Azam Tahun Baru!

Masih belum terlambat untuk kamu set matlamat untuk tahun ini. Ini antaranya…

new year

 

  1. Kurangkan bermalas-malas di bilik tidur, sebaliknya aktif melakukan pilates atau yoga.
  2. Gosip? So yesterday. Kurangkan tabiat itu dengan meluangkan waktu berkualiti bersama keluarga.
  3. Daripada asyik menonton TV, apa kata kamu kembara ke tempat baru?
  4. Mungkin sebelum ini kamu asyik update status di laman sosial, cuba mulakan hobi baru yang lebih bermanfaat seperti membaca.
  5. Elak makan makanan berminyak dan gantikan dengan buah-buahan dan sayuran.
  6. Daripada berparti pada hujung minggu, cuba ikuti kegiatan sukarelawan. Sangat fun, fearless, fabulous!
  7. Waktu tidur kamu tak teratur? Cuba disiplinkan diri bila tiba waktu rehat.
  8. Jangan asyik melekat dengan telefon bimbit! Beri perhatian pada orang sekeliling.
  9. Sibuk bercanda di Tinder? Cukup! Sekarang waktunya kamu cari Mr Right.
  10. Kerja di pejabat memang tak pernah habis, Cosmo mahu kamu lihat dunia. Oh ya, jom pergi bercuti!

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor