Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
officemate

10 Tip Bercinta Dengan Rakan Sekerja

Adakah ia melanggar polisi syarikat? Tak mengganggu tugasan kamu di pejabat nantikah? Ini antara perkara yang perlu kamu tahu sebelum buat keputusan untuk bercinta dengan rakan sekerja.

 

officemate

 

1. Pastikan kamu kenali dulu hati budi rakan sekerja tesebut. Ambil masa untuk siasat latar belakangnya. Manalah tahu dia ada perangai pelik yang kamu mungkin tak boleh handle nanti.

 

2. Ambil kira perasaannya juga. Adakah dia mahu kamu sebagai teman wanitanya? Atau kamu hanya bertepuk sebelah tangan?

 

3. Fikirkan dulu dan periksa adakah ia melanggar polisi syarikat atau akan memberi kesan negatif kepada kerjaya kamu.

 

4. Cari persamaan minat kamu selain daripada hal kerja. Jika tidak, takut nanti hubungan kamu dengannya akan tersangkut di situ saja.

 

5. Bila kalian keluar berjanji temu, elakkan berbual tentang hal kerja. Cuba cungkil perkara berkaitan dirinya − hobi, pasukan bola pilihan, makanan kegemaran…

 

6. Elakkan ‘bermanja-manja’ di pejabat kerana ia boleh buat rakan sekerja lain meluat. Ingat, pejabat tempat untuk bekerja, bukannya tempat  memadu asmara.

 

7. Berikan ruang kepada teman lelaki kamu itu ketika di pejabat. Tak perlu cemburu bila dia bekerja dengan wanita lain dan jangan asyik ikutnya ke hulu ke hilir!

 

8. Beritahu majikan jika hubungan kalian semakin serius. Selalunya majikan memang mahu tahu apa yang sedang berlaku di pejabat.

 

9. Jika pangkat kamu lebih tinggi, jangan pula kamu berat sebelah dengan sering utamakan kepentingan teman lelakimu itu. Apa saja yang berlaku, kamu perlu bersikap adil kepada semua pekerja di pejabat.

 

10. Jika jodoh kalian tidak panjang, jangan pula kamu tidak bercakap langsung dengannya selepas itu. Yang berlalu biarkan ia berlalu dan sentiasalah berfikiran positif.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor