Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Tabiat Kena Hentikan Sebelum Kamu 30 Tahun

Sudah-sudahlah berlagak seperti budak-budak dan ambil mudah semua perkara. Ini antara tabiat kena hentikan sebelum kamu mencecah usia 30 tahun.

 

1. Datang lambat dan anggap ia perkara biasa atau melucukan

Ya, memang wujud orang yang anggap perkara ini kelakar dan tak habis-habis salahkan kesesakan lalu lintas bila terlambat ke mesyuarat, temu janji, atau perjumpaan dengan teman-teman. Dan kamu boleh mendapat tanggapan yang buruk daripada orang sekeliling. Orang dewasa yang bertanggungjawab dan dihormati akan uruskan jadualnya sebaiknya, walaupun ini bermakna dia kena keluar rumah dua hingga tiga jam lebih awal daripada biasa semata-mata untuk tepati waktu.

2. Beli barang dapur, biarkan ia rosak atau luput, dan kerap makan luar

Beli makanan dari kedai memang memudahkan buat golongan milenia, lebih-lebih lagi jika kamu pulang lambat dari kerja, tapi ia menelan belanja yang besar. Tambahan, jika kamu jenis yang buka peti sejuk tapi selalu saja rasa tak ada benda nak makan walaupun peti sejuk kamu padat dengan makanan, kamu kena nilai semua tabiat pemakananmu. Tahap metabolisme berkurangan bila kita berumur 30-an; fast food dinner setiap hari tidak akan memberi kesan yang baik buat tubuh untuk jangka masa panjang.

3. Simpan duit di satu tempat saja

Pelaburan; sesuatu yang perlu kamu fikirkan. Wang kamu tak patut ‘terperap’ dalam satu akaun simpanan saja sepanjang masa. Sebaiknya kamu buat emergency fund, pilih pelan persaraan dan mulakan portfolio pelaburan.

4. Abaikan kulit kamu

Ketika muda, perkara terkahir yang kamu ambil berat adalah kulit kerana kamu tak nampak efek negatif pancaran matahari sehinggalah kamu berusia. Tapi Cosmo nak tekankan di sini, matahari lebih berkuasa daripada yang kamu sangka; penuaan pramatang, ton tak sekata, kedutan, kanser kulit – ini yang perlu kamu ambil serius seawal boleh. Jadi mula pakai krim tabir suria sebelum melangkah keluar rumah!

5. Elak berjumpa doktor

Untuk golongan milenia berkerjaya, mengambil sehari cuti dari kerja untuk berjumpa doktor ibarat satu pembaziran. Silap besar kalau kamu sangka pernyakit kamu hidapi itu akan baik sendiri tanpa perlu diperiksa. Jika demam kamu tak kebah selepas berminggu-minggu atau kamu rasa sakit yang pelik ketika bangun tidur, bermakna tubuh kamu sedang cuba beritahu sesuatu.

6. Memilih untuk jadi pasif

Dan kami tak maksudkan dalam perhubungan saja. Sekiranya kamu memilih untuk elakkan konfrontasi bila sesuatu atau orang lain mengganggumu, bermakna kamu ada major problem. Daripada buatkan orang melutut atau tertanya-tanya apa masalah kamu, lebih baik kamu bertanya secara berhemah face to face (yes, offline). Konfrontasi secara online boleh menyumbang kepada salah faham, jadi elakkannya.

7. Menyangkal pujian

Giiirl. Compliments are the absolute best! Ia ibarat mata wang kepada emosi, membuatkan kamu terasa diri begitu berharga. Jadi bila ada yang memuji kamu cantik atau sebagainya, hanya senyum, ucap terima kasih dan nikmatinya.

8. Belanja terlalu banyak pada trend

Lebih-lebih lagi jika kamu tahu, jauh di sudut hati, kamu betul-betul tak suka barang yang kamu baru saja beli. Terdapat perbezaan antara bereksperimen dengan gaya dan berasa malu bila sarungkan jelly sandal. Tipnya adalah, jika kamu tak boleh bayangkan diri kamu memakai item yang kamu nak beli tu, it’s probably not worth it.

9. Batalkan temu janji dengan teman

Kadangkala, apa yang kamu nak buat hanyalah pulang ke rumah, tanggalkan bra, tonton TV sehinggalah kamu tertidur di sofa. Tapi jika itu rutin kamu enam hari seminggu, tak salah kamu keluar makan malam bersama teman baik kamu tu sekali-sekala.

10. Benci tubuh sendiri

Kamu akan sentiasa rasa tak puas hati sehinggalah kamu menerima tubuh kamu dengan hati yang terbuka. Fikirkannya begini: Itulah satu-satunya tubuh yang kamu ada sepanjang hidup dan ia buat kamu bernyawa. Jadi memang patut kamu belajar menyayanginya walaupun ada kekurangan.

Foto: Shutterstock.com/Artikel asal: Ysa Singson (Cosmo.ph)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor