Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Sesalan Lelaki Dalam Percintaan

Cosmo buat tinjauan untuk ketahui apakah yang mereka sesalkan bila bercakap tentang bab cinta. 

31891396_m

 

1. “Terlalu ekstrem dalam hal agama. Sehingga dia ingat saya ni lelaki yang tiada toleransi.” – Khir, 24

 

2. “Menyesalnya saya hadiahkan kad keahlian gim sebagai hadiah hari jadinya. Dia rasa saya perli badannya yang sedikit berisi.” – Alang, 30

 

3. “Rakan yang perkenalkan kami. Tapi bila dating, saya diam saja sebab terlalu takut ditolak dan gentar nak mulakan langkah pertama.” – Jefri, 27

 

4. “Terlupa nak tutup gambar ‘panas’ di komputernya. Terus dia ingat saya lelaki gila seks. Opss.” – Daniel, 31

 

5. “Setiap hari, saya tuliskan puisi cinta buatnya. Tindakan ini terlalu cepat dan melampau. Tak hairanlah dia tinggalkan saya!” – Redza, 26

 

6. “Disebabkan tak nak digelar lelaki ‘jiwang’, saya hanya memanggilnya ‘Kau’ walaupun selepas jadi pasangan kekasih. Sudahnya saya ditinggalkan dengan alasan saya tak cukup romantik.” – Ayub, 23

 

7. “Saya selalu hantar dan jemputnya balik kerja, hantar pesanan teks setiap satu jam untuk tanya keadannya… Tak sangka dia ‘rimas’.” – Aidil, 28

 

8. “Saya tarik tangannya untuk berjalan laju-laju di shopping mall. Tup tup putus tali heels yang dipakainya!” – Amerul, 21

 

9. “Untuk sambutan hari jadi, saya hadiahkannya baju sepasang baju moden bersama kasut tinggi dan beg tangan. Kan best tu? Boleh pula dia ingat saya perlinya tak pandai bergaya…” – Hadi, 30

 

10. “Kantoi ‘usha’ perempuan lain. Seminggu dia tak mahu bercakap dengan saya.” – Alex, 21

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor