Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
couple

10 Sentuhan Seksi Buat Pasangan

Pernah tak bila tersentuh suami, terasa seperti ada daya elektrik yang mengalir dari kulitnya ke tanganmu? Kajian sains membuktikan kuasa sentuhan boleh mencetus tarikan kimia yang kuat. Apa kamu perlu buat adalah pelajari beberapa gerakan mudah ini.

couple

 

TIP SENTUHAN BILA KALIAN SEDANG SIBUK

 

Jangan Terburu-buru

Biarpun kamu boleh bertukar dari workday ke foreplay, lebih berbaloi jika ambil masa untuk bermesra sebelum kalian go for it. “Sentuhan lembut menyediakan tubuh untuk sesi yang lebih mendalam kerana kamu membina keinginan untuk apa yang bakal terjadi,” kata Jamye Waxman, penulis bersama Hot Sex: Over 200 Thing You Can Try Tonight. Ia berikan kamu masa untuk fikirkan perkara seksi yang ingin kalian lalui bersama.

Go Panini-Style

Konsepnya ala-ala sandwic di mana kamu dan suami berbaring atas satu sama lain. Dalam dakapan suami, bernafas bersama selama beberapa minit. Ia membenarkan tubuh relaks dan merasai kehangatan masing-masing. “Pasangan perlu tenangkan diri dan nikmati perasaan diselimuti kehangatan,” kata Waxman. Apatah lagi, sesi sentuhan itu akan membawa kepada idea manja lain…

Masuk Ke Dalam Zon

Ada tiga bahagian paling padat dengan saraf yang menghubungkan deria pada otak iaitu mulut, hidung dan pinggulnya. “Sentuh di sekitar kawasan itu kemudian baru betul-betul di tiga bahagian itu untuk cipta sensasi baru,” kata Fisher.

Tunjuk dan Beritahu

Bahagian tubuhmu yang mana paling terasa seksi? (Cosmo berikan kamu seminit untuk pilih satu). Sudah ada jawapan? Ambil tangannya dan letakkan di situ. “Tubuh saya bak hourglass, dan suami cukup sukakannya. Merasai lekuk tubuh saya akan buatnya terangsang, dan buat saya rasa sangat kurus. Win-win,” kata Maya, 27

Berlengah-lengah

Belai bahagian pinggulnya selepas sesi intim. Ian Kerner, kaunselor seks dan penulis She Comes First mencadangkan agar kamu usapnya secara perlahan, lembut atau membulat. Jika rasanya cukup mengasyikkan, mungkin ia boleh membuatkan suami lebih manja kepadamu.

 

TIP SENTUHAN SETIAP HARI SUPAYA KALIAN LEBIH ERAT

 

Cumbu Manja

“Pada hari biasa bila saya sedang cuci pinggan, suami akan datang peluk dan cium belakang leher saya. Setiap kali dia lakukannya, terus rasa ‘cair’ dan rasa nak berasmara saat itu juga,” kata Shira, 34. Tabiat pasangan yang baik adalah bercumbu setiap hari selama lebih beberapa saat, kata Kerner. Ia akan menyingkir efek seperti hanya ‘teman sebilik’, dan lebih banyak masa dihabiskan melakukan kerja rumah daripada memberi tumpuan pada satu sama lain.

Kembalikan ‘Tamparan’ Cinta

“Suami suka pukul manja punggung saya bila kami berjalan keluar dari apartment,” kata Anne, 29. “Ternyata ia a huge turn on bila saya rasa seolah-olah ada kupu-kupu berterbangan dalam perut dan terfikir dia mahukan saya atau sedang berfikir nakal tentang saya.” Mulakan satu tradisi seksi. Berikannya pukulan manja di punggung bila dia nak keluar dari rumah.

Maksimumkan Sesi Intim

Cuba sentuhan atau gerakan throwback yang masih berkesan seolah zaman kalian bercinta dulu. “Tiada apa yang lebih seksi bila sang suami tahu kamu tak sabar mahu ‘bersama’ dengannya,” tambah Kerner.

Idea Dari Filem

Babak intim dalam filem semuanya membabitkan sentuhan dan sensual dan kelesuan… Tetapi dalam hidup sebenar? Taklah sebegitu. Kamu boleh jadi gadis filem itu! “Saya suka berdrama ala Hollywood bila dengan suami,” kata Lisa, 34. “Dengan hanya melakukan aksi ini, kamu rasa lebih passionate.”

Please in Threes

Cari tiga cara dalam sehari untuk tunjukkan yang kamu dambakan dirinya, seperti berikan urutan kepala, gosok tangannya, atau sentuh dadanya. Ia akan mengingatkan suami betapa dia amat disayangi, yang mana ia membentuk emosi kuat untuk sesi intim hangat yang akan kalian lakukan nanti.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor