10 Selebriti Homeschooled Ini Buktikan Mereka Juga Boleh Berjaya! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Selebriti Homeschooled Ini Buktikan Mereka Juga Boleh Berjaya!

Kecoh apabila ada selebriti yang mempertahankan tindakan mereka untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah. Homeschool bukan sesuatu yang asing, malah ia dibenarkan di seluruh dunia.

Sesetengah daripada kamu berpendapat, homeschool akan membuatkan kanak-kanak tidak tahu untuk bersosial. Malah apa yang dipelajari di rumah sangat berbeza berbanding di sekolah. Untuk yang homeschool, mungkin mereka mempunyai pendapat yang berbeza. Cosmo senaraikan 10 selebriti popular yang memilih homeschool kerana sebab tertentu.

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

HILARY DUFF

Hilary dan kakaknya Haylie membesar di Texas. Ibunya menggalakkan mereka menceburi bidang hiburan dan mereka berpindah ke Los Angeles untuk mengejar cita-cita itu. Nasib Hilary agak baik apabila menerima banyak tawaran iklan komersial dan mula mengupah tutor di rumah. Dia bersekolah di rumah sehinggalah mendapat watak utama untuk drama bersiri popular, Lizzie Mcguire.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness