Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Interchange review

10 Sebab Kamu Perlu Tonton Filem Interchange

Siapa yang tak mahu saksikan filem yang dibintangi gabungan pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution dan Nadiya Nisaa? Filem Interchange arahan pengarah tersohor Dain Iskandar Said membawa sisi lain pelakon-pelakon ini!

Interchange review

Cosmo dijemput menonton tayangan perdana bersama media dan terbukti filem ini bukan seperti filem lain yang pernah kamu saksikan sebelum ini. Cosmo senaraikan 10 sebab kenapa kamu harus ke pawagam dan menonton Interchange yang akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 1 Disember ini.

1. Filem Interchange mengangkat budaya dan kehidupan masyarakat Borneo iaitu kaum Kenyah. Kaum ini yang berasal dari Sarawak dan Kalimantan mempercayai yang roh dan semangat mereka akan terperangkap dalam foto yang diambil menggunakan kamera.

 

2. Pelakon-pelakon seperti Nicholas, Prisia, Iedil dan Nadiya menggunakan bahasa Indonesia dan Kenyah. Mereka perlu mempelajari bahasa Kenyah dan Nicholas mengakui agak sukar tetapi satu pengalaman yang berharga buatnya. Menurut Nicholas dia masih lagi boleh bertutur dan memahami beberapa ayat dalam bahasa Kenyah.

 

3. Filem ini mungkin sedikit berat buat kamu yang bukan peminat filem fantasi dan mistik. Tetapi lakonan mantap barisan pelakon membantu filem ini untuk mudah difahami, ditambah dengan teknik CGI yang agak bagus.

 

4. Jarang untuk kamu lihat Nicholas beraksi tanpa baju dengan wajah hodoh. Dalam Interchange, Nicholas beraksi dalam sisi yang berbeza. Bukan lagi seperti jejaka hangat dan kacak seperti dalam AADC. “Saya sebenarnya tidak kisah kelihatan hodoh dalam filem,” kata Nicholas.

 

5. Watak Belian lakonan Nicholas memerlukannya dimekap dengan hidung yang lebih mancung seperti paruh burung dan wajah yang berparut. Tetapi Nicholas tetap nampak kacak walaupun wajahnya diubah.

6. Watak utamanya, Iedil dan Prisia merupakan suami isteri dalam kehidupan sebenar dan mereka baru saja bernikah pada Jun lalu. Dengar cerita mereka mula bercinta ketika penggambaran filem ini iaitu pada tahun 2015.

 

7. Ketika ditanya mengenai mesej yang mahu disampaikan menerusi filem ini, pengarahnya Dain Iskandar Said berkata terpulang kepada penonton untuk melihat mesej tersembunyi. “Kamu boleh lihat tema filem ini yang pelbagai contohnya alam semulajadi, meraikan budaya, sejarah dan diversiti,” Kata Dain.

 

8. Cosmo suka menonton lakonan Nadiya yang sedikit angkuh dan misteri untuk watak pemilik kedai antik bernama Sani. Nadiya kelihatan elegan dengan fesyen klasik dan bertutur dengan bahasa baku.

 

9. Watak detektif Man lakonan Sam mungkin dilihat seperti tiada yang baru ditampilkan kerana kamu pernah melihat Sam membawa watak sebagai polis. Tetapi Sam mengakui teruja dan bersyukur dapat digandingkan dengan pelakon hebat lain yang memudahkan kerjanya ketika penggambaran.

 

10. Salah satu babak menarik ialah di satu lokasi terowong, belukar dan banguna tinggal di pinggir kota yang sangat cantik. Cosmo diberitahu lokasi tersebut sebenarnya di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur sahaja.

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness