Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Pupur Wajah Yang Akan Buat Kulitmu ‘Gembira’

Kulit kita boleh memanfaatkan setiap satu daripada pupur di sini untuk apa jua situasi!

Setiap kali selepas berpupur kita rasa seperti telah memberikan yang terbaik untuk kulit. kan? That's how good masks are! Dan jika kamu belum cuba, Cosmo tampilkan kegemaran kami dan juga yang baru di sini!

7 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

9. The Body Shop Tea Tree Anti-Imperfection Night Mask, RM95

Kulit tidak begitu sempurna – berminyak, berjerawat… Ini masalah biasa. Jika kamu cenderung mencari perawatan malam (kamu bijak kerana ada laporan mengatakan tahap sebum meningkat tinggi pada lebih kurang jam 4 pagi) kamu harus cuba overnight mask. Tapi bukan formula biasa, kamu perlu yang boleh merawat kulit bermasalah seperti ini. tekstur gel yang menyejukkan dengan minyak pati tea tree yang mengawal minyak, mengecutkan jerawat dengan asid salisilik. Formulanya 100 peratus vegan, tanpa alkohol, tidak menyumbat pori dan takkan mengotorkan bantal!

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru