Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Pupur Wajah Yang Akan Buat Kulitmu ‘Gembira’

Kulit kita boleh memanfaatkan setiap satu daripada pupur di sini untuk apa jua situasi!

Setiap kali selepas berpupur kita rasa seperti telah memberikan yang terbaik untuk kulit. kan? That's how good masks are! Dan jika kamu belum cuba, Cosmo tampilkan kegemaran kami dan juga yang baru di sini!

4 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kose Sekkisei Bestseller Masks

Bukan produk baru tetapi semperna tahun baru ini, Sekkisei mahu bantu kamu kembalikan keserian kulit!

4. Sekkisei Clear Whitening Mask, RM99

Ratakan pada seluruh wajah, elak mata, kening, mulut. Bila dah kering, kamu tanggalkan pupur sekali dengan sebum, blackheads dan kotoran lain. Yang tinggal adalah kulit yang bebas bernafas semula, liang-liang pori yang bersih dan kulit yang cerah. Guna dua kali seminggu.

5. Sekkisei Lotion Sakura Edition 500ml, RM336 (edisi terhad)

Betul ini bukan pupur tetapi kamu boleh gunakannya dengan merendam pupur kosong dengannya dan lekapkan pada wajah. Selepas 5 hingga 10 minit, tanggalkan dan lihat kulit wajah yang lebih lembut dan lembap dengan tekstur yang lebih halus!

6. Sekkisei Herbal Gel, RM135

Pelembap gel yang ringan ini juga bukan sekadar melembap. Ia juga boleh kamu gunakan sebagai pupur dengan mengambil dalam dua ceduk gel dan ratakan pada kulit. Urut lembut dan perlahan kemudian biarkan semalaman seperti kamu pakai overnight mask!

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru