Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Pupur Wajah Yang Akan Buat Kulitmu ‘Gembira’

Kulit kita boleh memanfaatkan setiap satu daripada pupur di sini untuk apa jua situasi!

Setiap kali selepas berpupur kita rasa seperti telah memberikan yang terbaik untuk kulit. kan? That's how good masks are! Dan jika kamu belum cuba, Cosmo tampilkan kegemaran kami dan juga yang baru di sini!

3 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Biotherm Life Plankton Essence In Mask, RM190, (6 keping) (di pasaran Mac 2018)

Pupur senipis tisu yang menawarkan adunan perawatan dengan 5% Life Plankton™ dalam hanya satu aplikasi selama 8 minit. Hasilnya? Kulit yang terasa lega, sangat terhidrat dan lebih berseri selepas ditanggalkan. Tetapi untuk jangka masa panjang, kamu bakal melihat kesan kulit yang diperbaharui, lebih jernih dan lembut jika digunakan dua kali seminggu. Gunakan untuk merawat kulit yang kerap diselar matahari, kulit yang stress, atau bila-bila sahaja kamu merasakan kulit perlu dipulihkan. Ia juga selamat untuk kulit sensitif.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru