Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Pupur Wajah Yang Akan Buat Kulitmu ‘Gembira’

Kulit kita boleh memanfaatkan setiap satu daripada pupur di sini untuk apa jua situasi!

Setiap kali selepas berpupur kita rasa seperti telah memberikan yang terbaik untuk kulit. kan? That's how good masks are! Dan jika kamu belum cuba, Cosmo tampilkan kegemaran kami dan juga yang baru di sini!

2 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Lancome Advanced Genifique Hydrogel Melting Mask, RM360 (7 keping)

Setiap satu mengandungi jumlah ekstrak bifidus yang sama terdapat dalam satu botol penuh Advanced Génifique Serum 30ml. Formula diperkaya dengan ekstrak bifidus dan teknologi matriks hidrogel. Teknologi mikroskopik maju telah dibangunkan untuk mengoptimumkan penembusan bahan-bahan aktif dalam Hidrogel Melting Mask ke dalam kulit. Bagaimanakah ia berfungsi? Mesh hidrogel yang sensitif haba, mencair pada suhu kulit lalu menyebarkan bahan aktifnya apabila bersentuhan dengan kulit. Tekstur yang lembut dan menyenangkan ini melembapkan kulit dengan kemasan yang lembut dan berseri. Kulit tidak berminyak atau melekit. Pakai 10 minit saja tetapi ia juga boleh dibiarkan sehingga 30 minit untuk kulit yang kelihatan lebih muda, berseri dan segar dengan cahaya yang sihat.

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru