10 Produk Kecantikan Korea Yang Patut Kamu Cuba
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Produk Kecantikan Korea Yang Patut Kamu Cuba

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kalau soal kecantikan, habis mereka sapu semua! Namun tak dinafikan produk mereka agak menarik dan adalah rutin bagi selebriti-selebriti mereka di sana untuk sentiasa tampil cantik menawan, baik lelaki atau wanita. Jom tengok apa yang menarik!

 

1. Blithe Patting Water Pack Energy Yellow Citrus & Honey, RM159

Mask dalam bentuk cecair ini mengambil inspirasi daripada kaedah pembersihan tradisional Korea dengan air beras. Ia menanggalkan habuk halus dan juga sel kulit mati hanya dengan pembersihan ’15 saat’ tanpa menrengsa kulit. Digunakan sebelum produk penjagaan kulit lain untuk serapan yang lebih baik (seperti langkah toner). yang ini ada ekstrak lemon dan madu serta Vitamin C untuk mencerahkan kulit. Menariknya tentang jenama yang menawarkan produk untuk antipencemaran dan antipenuaan ini adalah sumber bahannya yang datang dari zon-zon biru yang penduduknya mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding tempat lain.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru