Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Petanda Si Dia Gentleman Sejati

Mencari Mr Right tak semudah yang disangka. Namun jika si dia menunjukkan tanda lelaki budiman seperti Cosmo kongsikan ini, bererti dirinya layak kamu pertimbangkan.

smiling couple hugging in autumn park

 

1. Kalau kamu terlewat bersiap untuk janji temu, si dia tak marah, jauh sekali membebel. Sebaliknya si dia tersenyum saja dan mungkin akan menegur kamu dengan cara paling sopan dan berlapik.

2. Kamu menyakiti hati si dia secara tak sengaja, si gentleman tidak akan marah melulu. Sebaliknya, memilih untuk memberitahu kamu perasaannya. Tetapi bila sudah hilang sabar, mungkin si dia bertindak mendiamkan diri atau menjauhkan diri daripada kamu. Dia tidak akan bergaduh atau menghempas barang. Kamu pula, janganlah mengada atau suka buat hal.

3. Jika kamu bersamanya di sebuah restoran dan terjadi salah faham di mana lain yang dipesan lain pula yang dihantar, si dia langsung tak membebel, menjerit atau memarahi pelayan, malah terima saja makanan yang dihidangkan. Jika si dia tak suka makan tersebut, dia akan meminta makanannya ditukar dengan cara paling baik dan lembut.

4. Si dia tak akan mengungkit kisah lama, biarpun dia tahu dan sedar dirinya adalah cinta kedua kamu. Dia juga tak berminat untuk mengetahui kisah silam kamu, sama ada yang baik mahupun yang buruk. Padanya, let bygone be bygone.

5. Lihat cara si dia apabila dibuli di atas jalan raya. Sewaktu memandu, biarpun ada kereta yang bersikap kurang ajar seperti memberi isyarat tangan atau main lampu tinggi mencabar si dia untuk berlumba, dia tetap kekal tenang. Provokasi? Maaflah, gentleman tak berminat nak layan semua itu!

6. Ketika hujan lebat, dia sanggup menjemput kamu di pejabat. Si dia memilih menunggu di tempat berbumbung supaya kamu tak terkena hujan. Kalau laluan kereta tidak berbumbung, dia akan minta kamu  tunggu sementara dia keluar untuk mengambil payung. Wah, memang gentleman sungguh!

7. Si dia tak pernah berbual di telefon dengan suara yang boleh didengari dalam jarak selang serumah. Jauh sekali bercakap besar seolah-olah dialah lelaki paling hebat. Si dia lebih selesa menggunakan tona suara rendah dan lagi manis jika kamu saja yang dengar.

8. Kalau melihat kamu membawa barang yang banyak, si dia akan segera mengambil barang itu dan membantu kamu buka pintu kereta juga! This is a true gentleman.

9. Jika si dia terpandang perempuan seksi atau sesuatu yang menjolok mata, dia tak akan bersorak gembira apa lagi memandang dengan penuh ghairah. Si dia tetap tenang dan lebih selesa melihat kamu.

10. Lihat bagaimana si dia melayan keluarga terutama ibunya. Cosmo percaya jika si dia melayan ibunya seperti permaisuri, kemungkinan besar kamu juga bakal mendapat layanan sebegitu.

 

Foto: INGimage

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor