Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
couple

10 Petanda Lelaki ‘Gilakan’ Kamu

Jika kamu lihat petanda ini dan kamu turut sukakannya, jangan jual mahal!

couple

1. Wajahnya nampak mabuk asmara setiap kali terserempak dengan kamu – di mana saja!

2. Melalui temannya, dia mengirim sehelai nota berpetak kosong untuk ditandakan ‘ya’ atau ‘tidak’. Soalannya? Adakah kamu menganggapnya kacak?

3. Dia memberi kejutan istimewa dengan memberi tiket konsert penyanyi kesayanganmu, sedangkan kamu pernah bercakap sekali saja mengenainya – itu pun bukan kepadanya!

4. Sebaik ternampak buku Percutian Lokasi Menarik milik kamu, si dia lantas tersasul, “Boleh I belek muka you… Eh! Buku you!” Dan wajahnya lantas bertukar merah padam.

5. Si dia hampir bergaduh dengan seorang jejaka yang memuji kamu secantik Izara Aishah – kerana baginya kamu lebih menawan.

6. Dia sanggup menonton drama kegemaranmu semata-mata untuk dapatkan idea berbual denganmu esok harinya.

7. Selepas bertentang mata di restoran, si dia tak henti merenung kamu – walaupun ketika kamu berjalan ke tandas, berbual dengan rakan lelaki, malah selepas kamu duduk membelakanginya.

8. Seingat kamu, kalian hanya pernah berbual sekali, tapi profil kamu sudah berada di senarai teratas rakan Facebook si dia.

9. Jejaka itu pura-pura gembira bila kamu mengalahkannya dalam permainan boling di depan rakan-rakan lelakinya.

10. Teman-teman yang rimas dengan kelibatnya menggelarnya ‘ekor wau’ – kerana dia selalu sangat mengekori kamu ke mana saja.

 

Foto: Nick Onken

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor