Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Petanda Kamu Obses Dengan Penampilan Diri

Berhati-hati jika kamu ada salah satu petanda obses ini. Jangan sampai ia memakan diri sendiri hanya kerana nak tampil cantik!

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

1.Memakai korset sepanjang masa termasuk waktu tidur untuk dapatkan bentuk badan sempurna.

2. Tidur dengan solekan di wajah hanya kerana mahu bermimpi bertemu putera idaman.

3. Berbelanja lebih dari separuh gaji bulanan kamu untuk kecantikan diri.

4. Daripada face lifting, rawatan laser, hinggalah ke suntikan filler semua kamu pernah cuba untuk tampil lebih cantik.

5. Bila berat badan naik sekilo saja kamu sudah mula panik. Mulalah kembali dengan sahabat lama: Pil kuruskan badan.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor