10 Petanda Kamu Keterlaluan - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Petanda Kamu Keterlaluan

 

Ini tanda-tanda yang menunjukkan kamu memberi reaksi secara keterlaluan hingga menyusahkan orang sekeliling.

 

27359177_m

 

1. Boleh dikatakan setiap pertemuan kamu dengan teman lelaki akan berakhir dengan tangisan… Tentunya tangisan si dia

 

2. Kamu telah menghantar enam surat perjanjian kepada sebuah syarikat kosmetik terkenal untuk menjadi jurucakap produk terbaru mereka.

 

3. Ibu kamu terpaksa menjawab setiap panggilan di telefonmu sebab kamu malas nak layan kalau bukan panggilan penting

 

4. Setiap kali kamu ditugaskan untuk menjalankan projek berkumpulan, rakan sekerja akan tarik muka dengan sikap bossy kamu.

 

5. Kamu mengarahkan si dia menghantar sejambak bunga yang siap digubah oleh penggubah bunga kegemaranmu setiap 10 hari sekali – dan pastinya gubahan itu mesti berbeza setiap kali kamu menerimanya.

 

6. Kamu tidak lagi menerima panggilan daripada pihak bank, mungkin mereka takut kalau-kalau dimaki olehmu lagi.

 

7. Setiap hari kamu membebel – salahkan ikan peliharaan dalam akuarium kerana terpaksa memberinya makan. Padahal kamu sendiri yang nak membelanya.

 

8. Setiap bulan si dia terpaksa menukar telefon baru kerana rosak akibat dicampak oleh kamu apabila terdapat SMS daripada wanita yang kamu tak kenali.

 

9. Kamu sentiasa mengatakan bahawa kamulah wanita melayu terakhir paling cantik kepada kawan-kawanmu dan anggap mereka cemburu jika ada yang buat muka.

 

10. Apabila inbox e-mel peribadi dan kerjamu penuh, kamu hanya tick di bahagian kotak dan delete semua tanpa membacanya kerana tak kuasa. Memang tak patut!

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor