Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Petanda Kamu Drama Queen

Jangan hairan kenapa kawan-kawan mula menjauhimu...mungkin kerana sikap kamu yang mengalahkan drama queen!

Foto: Shutterstock.com

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

6. Prinsip kamu dalam hubungan: Melakukan perkara yang mengecilkan hati teman lelaki adalah perkara biasa. Tapi jika dia buat begitu, kamu terus minta putus tanpa perlu ada sebarang perbincangan atau sesi pujuk-memujuk.

7. Memuat naik gambar selfie dalam media sosial dengan kapsyen: “I’m fat and ugly”. Kemudian nantikan 1,000 komen pujian daripada followers kamu.

8. Berpura-pura baik dengan rakan sekerjamu itu tapi hakikatnya, di belakang dia kamu mengutuk, mengeji, mengumpat dan semuanyalah!

9. Sukakan pujian daripada orang sekeliling dan menganggap teman kamu tidak patut terima pujian walaupun kerjanya lebih baik daripadamu.

10. Kamu perasan orang sekeliling mula menjauhimu, lebih-lebih lagi teman baik yang telah bersama kamu selama 15 tahun!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor