Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Petanda Kamu Drama Queen

Jangan hairan kenapa kawan-kawan mula menjauhimu…mungkin kerana sikap kamu yang mengalahkan drama queen!

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

1.Pastikan diri kamu menjadi perhatian orang ramai tidak kira ke mana kamu pergi.

2. Sikap kamu yang suka mengadu buatkan kamu cukup dikenali di beberapa restoran yang sering dikunjungi. Jika dah tahu restoran itu masakannya tidak sedap dan servis lambat, kenapa masih ke situ lagi?

3. Update status di laman sosial setiap tiga minit tentang mood atau aktiviti kamu: Lima minit lalu, “Masa untuk mandi!”. Tiga minit kemudian, “Air panas sangat pula!”. Semua benda pun nak beritahu.

4. Teman lelaki tidak menjawab panggilan telefon dan WhatsApp daripadamu. Kamu akan pastikan ada 300 missed calls tertera di telefon bimbitnya untuk balas dendam.

5. Bila kamu buat teman baik kecil hati, kamu akan periksa akaun media sosialnya setiap tiga minit. Mungkinkah dia akan komen tentangmu atau meluahkan perasaannya di situ?

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor