Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Petanda Jejaka Itu Mesti Direbut!

Antara petanda yang jejaka ini berbaloi untuk dimiliki!

 

25956874 - sexy male fashion model with open shirt and nice abs

 

1. Setiap kali melintasi si dia, bau wangiannya melekat sehingga kamu pulang ke rumah. Wangian apa agaknya yang membuatkan kamu tergoda ya?

 

2. Bila kamu perkenalkan si dia kepada rakan perempuanmu, mereka tak tahu nak ‘cekik’ siapa: Diri mereka atau dirimu!

 

3. Kamu dapat tahu bahawa jejaka itu adalah bekas kekasih kepada seorang selebriti atau supermodel terkenal.

 

4. Pertama kali kamu menyuruhnya membuka penutup botol yang sangat ketat, tenaga tangannya menyebabkan botol kaca itu pecah. Gagahnya!

 

5. Kamu terkejut dan bertanya, “Itu you ke?” ketika ternampak wajah model pada papan iklan di tepi lebuhraya yang mirip wajahnya.

 

6. Percutian kalian terpaksa ditangguhkan kerana kereta mewah yang dibeli si dia bakal tiba pada tarikh sama.

 

7. Gambar si dia yang terpampang di ruang kerjamu menjadi masalah kepada lady boss kamu yang juga seorang ‘andartu’.

 

8. Si dia kelihatan stress selagi tidak dapat memenuhi segala kehendakmu.

 

9. Kamu terdengar bisikan jurujual di sebuah butik, “Harap-harap itu abangnya!” semasa kalian sedang membelek pakaian. Ketika mahu membayar di kaunter, juruwang menghulurkan borang keahlian untuk diisi si dia. Nak ambil nombor telefonlah tu!

 

10. Selepas lepak bersama kawannya, barulah kamu tahu si dia yang kini seorang ahli sains rupanya model pakaian renang. Ouch!

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor