Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
pengantin

10 Petanda Ibu Merestui Perhubungan Cintamu

Ini antara petanda ibu merestui hubungan cintamu dengan teman lelaki. Kamu boleh menjerit kegembiraan jika nombor 7 itu berlaku!

 

pengantin

1. Sama ada sengaja atau tidak, ibu kamu sering bahasakan dirinya sebagai ‘ibu’, ‘emak’, atau ‘mama’ ketika bersembang dengan teman lelaki kamu.

2. Abang kamu selalu merungut dengan sikap ibumu yang sering masak makanan kegemaran buah hati kamu dan selalu ajaknya datang makan malam di rumah.

3. Ibu kamu selalu ceritakan kelamahan dirimu seperti, “Anak makcik ni bukannya pandai masak sangat. Harap ada lelaki yang sudi buat bini.”

4. Hanya si dia saja lelaki yang dibenarkan bawa kamu keluar.  Kalau kawan lelaki lain, jangan harap.

5. Ibu kamu dan ibunya sering berkirim salam melalui kalian walaupun tak pernah bersua muka.

6. Nama dia sering jadi topik perbualan antara ibumu dengan makcik-makcikmu. Tentunya berkenaan kehebatan kerjaya dan budi bahasa si dia.

7. Ia mungkin ‘terlebih’ bagimu, tapi ibumu dah mula beli barangan persiapan perkahwinan kamu sebagai persediaan jika keluarganya datang meminang kamu esok lusa.

8. Bila ibumu perlukan pertolongan, teman lelakimu orang pertama yang si dia hubungi. Si dia pula dengan besar hati membantumu.

9. Ibu kamu lebih percayakan cerita yang disampaikan si dia berbanding ceritamu.

10. Bila ibumu dapat hidu sesuatu yang tak kena dalam hubungan kalian, dia terus hubungi teman lelakimu dan tolong pujuk bagi pihak kamu.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor