10 Perkara Mesti Buat Sebelum Naik Pelamin - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Perkara Mesti Buat Sebelum Naik Pelamin

Antara perjalanan yang kamu kena lalui terlebih dahulu sebelum masuk ke alam berdua.

 38221961_m

 

  1. JADI LEBIH BERDIKARI

Ini sememangnya kritikal. Bersendirian, tak kiralah dalam apa jua persekitaran atau suasana membolehkan kamu menentukan identiti diri kamu yang sebenar. Sebagai contoh, jika kamu dapat menguruskan servis keretamu di mekanik sendirian atau backpacking secara berseorangan, kamu akan rasa lebih puas hati.

 

  1. HIDUP DENGAN TEMAN SERUMAH

Belajar cara berkongsi ruang dengan orang lain yang ada pelbagai tabiat dan perangai malas, (‘kaki’ buat rumah bersepah, jenis pelik) memang perlu sebelum kamu jejakkan kaki ke alam rumah tangga. Ia akan buat kamu menghargai perkara-perkara kecil seperti bilik air yang berbau harum, dapur yang bersih, ruang tamu tamu yang sentiasa kemas dan sebagainya.

 

  1. ADA HOBI SENDIRI

Sudah biasa sangat lakukan apa saja aktiviti dengan si dia akan buat kamu lupa kegemaran sendiri, seperti membaca novel atau membuat scrapbook. Tapi, jika kamu masih boleh ‘melekat’ dengan hobi ini, ia akan buat dirimu jadi seseorang yang menarik. Jika hobi bukan your thing, sertai sukan berkumpulan atau belajar fotografi.

 

  1. MELANCONG

Pergi bercuti sendirian memang menyeronokkan. Ia antara cara terbaik untuk cari modal bercerita bila kamu pulang nanti. Malah, ia akan bantu kamu jadi lebih dewasa kerana melancong sebegini akan mencabar dan menguji had dirimu.

 

  1. BIJAK BERBELANJA

Tak dinafikan, antara punca perceraian adalah isu yang membabitkan kewangan. Sebelum kahwin, pastikan kamu dah selaraskan bahagian kewangan dirimu. Jika ada hutang, minta nasihat pakar kewangan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKDK).

 

  1. MILIKI TEMAN BAIK

Ada bezanya teman satu kubikel di pejabat yang boleh diajak berbual mengenai siri terbaru Mentor dengan rakan baik yang akan jadi your shoulder to cry on. Dan bila kamu dah dalam perhubungan serius, persahabatan sebegini biasanya akan berubah juga. Memiliki teman (atau kawan-kawan) yang boleh menjadi tempat rujukan bila kamu perlukan nasihat memang penting.

 

  1. CIPTA HUBUNGAN BAIK DENGAN IBU BAPA

Utuhkan hubungan dengan orang tua kamu kerana selepas berkahwin pasti kamu akan perlukan nasihat ‘pakar’ dari mereka. Percayalah, bila keadaan menjadi tegang (perkara biasa bila dah kahwin), ibu bapa akan sentiasa berada di sampingmu bila diperlukan.

 

  1. AMALKAN BODY LOVE

Terimalah hakikat, tak semua orang dilahirkan dengan tubuh mantap bak Fazura. Kamu kena bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan diri. Biasanya, berat badan akan mudah naik lepas kahwin. Untuk pastikan itu tidak berlaku, amalkan bersenam daripada sekarang agar ia terus dilakukan selepas kahwin nanti.

 

  1. UBATI HATI YANG TERLUKA

Sesetengah orang akan terus lompat ke perhubungan baru bila cinta lama berakhir dengan teruk. Tapi itu bukan penyelesaian untuk merawat hati luka ya. Untuk pulih sepenuhnya, belajar dari kesilapan yang kamu dan bekas kekasih pernah buat agar perhubungan seterusnya jadi lebih kukuh.

 

  1. EXCITING THINGS, ALWAYS

Setiap kali kamu dan si dia melalui pengalaman mengujakan, ia akan merangsang dopamine dan norepinephrine – membuatkan kalian rasa sangat bahagia. Jadi jika sebelum ini kamu biasa buat perkara menyeronokkan sendirian seperti bermain roller coaster atau menari hingga satu pagi, teruskan buat aktiviti sebegini selepas berkahwin dan ajak si dia turut serta ya.

 

Foto: 123RF.COM/Oleh: Anida Salwani Abdul Hadi

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor