Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Perkara Lelaki Tidak Kisah Bila Di Ranjang

Minda lelaki sentiasa bergerak sewaktu sesi intimasi: “Adakah saya dah cuba aksi itu sebelum ini? Eh, dia menguapkah?” Disebabkan itu mereka sentiasa sibuk – hinggakan tak sempat nak fikir perkara-perkara seperti ini di ranjang.  

 

46115754_m

 

1. SAIZ DAN BUTIRAN SPESIFIK
Seperti saiz payudaramu. Wanita lebih sibuk memikirkan apa yang lelaki rasa tentang saiz payudara mereka; takut nampak terlalu kecil atau besar. Anggap begini saja: Jika seorang lelaki tengah kelaparan, dan kamu hanya ada lobak untuk diberikan. Takkan dia nak minta makanan seperti stik daging pula, kan?

 

2. CADANGAN AKSI YANG LEBIH KREATIF
Kamu membayangkan aksi seperti babak dalam filem romantis? Berikan saja skrip dan apa perlu dilakukan, si dia akan akur mengikut apa yang dikehendaki. Mungkin dalam hati suami akan rasa kamu ‘gila’, tetapi kamu punyai fantasi seksual dan dia boleh jadi sebahagian daripadanya. Yang itu sangat hot baginya.

 

3. BEKAS KEKASIH
Ada kala, wanita suka membandingkan diri dengan bekas kekasih teman lelaki – risau sangatlah kamu tak dapat menandinginya daripada banyak segi. Mungkin bekas kekasih si dia mempunyai kelebihan tersendiri. Tetapi kamu kena ingat, ada sebab mengapa mereka tidak bersama lagi. Mungkin dalam senyap-senyap dia suka periksa e-mel atau mesej telefon si dia. Atau mungkin juga memotong kuku kaki dalam kereta tanpa segan silu. Exes are exes for a reason.

 

4. KAMU MAHU GUNAKAN PELINCIR
Sesetengah wanita merasakan dia mempunyai kelemahan bila perlukan ‘bantuan’. Sedangkan pelincir mampu menjadikan sesi intim lebih lancar. Ramai lelaki mula menyedari hakikat ini dan kamu tak perlulah nak beria-ia menjelaskan sebabnya kepada suami. Yang penting, sama-sama mencapai kepuasan diingini, tak kiralah dengan apa cara sekalipun.

 

5. KAWASAN TERSEMBUNYI
Janganlah sampai tak nampak langsung rupa sebenar kawasan sulitmu. Seperti mana kamu pentingkan penjagaan rambut dan wajah, kebersihan di bawah itu perlukan perhatian yang sama. Sudah tentu suami pun lebih menghargai kalau kamu pandai menjaga kebersihan kawasan itu.

 

6. BUNYIAN YANG KAMU KELUARKAN
Melainkan kamu dan suami tinggal serumah dengan ibu bapa, tiadalah istilah bunyi ‘terlalu kuat’ semasa sesi asmara kalian. “Tak kisahlah kalau bunyinya seperti mengerang, asalkan tak sama seperti bunyi dubuk atau helang. Jika kamu benar-benar risau, cuba bernafas ke telinga suami. Itu dah memadai untuk buat bulu romanya menegak,” katanya.

 

7. BUNYI DARI TUBUHMU
Sewaktu kamu dan suami membetulkan posisi dan dada terhimpit hingga terkeluar bunyi angin, percayalah, suami tahu yang bukannya kamu buang angin. Dan jika keluar bunyian secara semula jadi ketika sesi intimasi, itu memang bunyi yang biasa. Kalau ada yang merungut tentangnya, samalah seperti kamu merungut tentang bunyi enjin kereta.

 

8. WAJAH KAMU BILA SAMPAI KEMUNCAK
Ya, kamu mungkin kelihatan seperti nak bersin, menangis atau sedang menahan berat sofa yang diangkat. Tetapi mungkin tidak seteruk wajah kemuncak suami kamu. Hakikatnya, ramai lelaki jadi teruja bila dapat melihat reaksi wajah kamu kala klimaks, kerana ia bermakna dia berjaya memuaskan kamu. Dalam erti kata lain, suami kamu sebenarnya sex wizard!

 

9. JENIS SELUAR DALAMMU
Dengan sebab yang lojik, of course. Jika ia kotor, tebal daripada selimut, atau ada sulaman logo sekolah kamu, mungkin lelaki akan perasan. Penyelesaiannya? Tanggalkan saja. Tapi kalau yang cantik berenda, keep that on. Pasti suamimu ada idea menarik untuknya.

 

10. SAMA ADA KAMU ORGASMA ATAU TIDAK
Oh, gurau saja. Sebenarnya bab inilah paling penting buat suami di ranjang. Kepuasan kamu ibarat kayu pengukur dan penentu untuk suami tidur nyenyak selepas itu. Tetapi usah terlalu risau, kerana masih banyak lagi sesi intimasi seterusnya.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor