Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Perkara Kena Elak Agar Tak Nampak ‘Tua’

Kamu belum mencecah 40 tahun, jadi sentiasalah berjiwa muda okey. Jika tak mahu dianggap masih terperangkap di zaman 90-an, elakkan perkara-perkara di bawah ini.

1.Jangan angkat beg ke telinga untuk dengar sama ada yang berbunyi itu adalah telefon kamu atau bukan. Gadis Cosmo tak buat perangai begitu…

2. Jauhi seluar dalam ‘gelebeh’ bila memilih pakaian dalam, walaupun ia selesa dan ‘berangin’. Pastikan ia sentiasa seksi dan menarik walaupun tak ada siapa nak belek.

3. Tak perlu capai cerek dan bancuh teh. Ia takkan bantu tenangkan fikiran selepas kamu tikam teman dari belakang.

4. Sentiasa peka dengan teknologi semasa. Kalau tak, pertanyaan “Apa Waze tu?” akan buatkan kamu digelakkan saja.

5. Bila beg tangan kamu mula ‘mengembung’, keluarkanlah apa yang tak patut dibawa termasuklah sebotol besar minyak angin kamu tu.

6. Elak haruman ros klasik atau yang berbau ala-ala minyak angin. Sembur wangian segar untuk suntik personaliti muda.

7. Bila lagu-lagu nyanyian Hetty Koes Endang adalah yang paling banyak kamu simpan dalam playlist, cuba muat turun lagu yang sedang hit di radio sekarang.

8. Jangan kunjungi kafe yang kamu boleh dengar jeritan suaramu sendiri.

9. High waisted memang selesa digayakan, namun tak bermakna kamu perlu dapatkan sehelai grandmother’s jeans di butik terpakai. Pilih yang trendy okey?

10. Bila teman lelaki hadiahkan kamu produk antipenuaan dan kamu tak marah. Kamu patut gusar kerana dia seakan memberitahu yang kamu nampak tua. Kalau beli sendiri tu lainlah cerita, kan?

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor