Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Perkara Kecil Buat Kamu Jerit Hooray!

Cosmo mahu kamu tersenyum dan jadi lebih gembira bila membaca happy list ini. Walaupun mungkin tampak mudah dan remeh, tapi ia mampu beri impak yang cukup besar dalam hidupmu. Cuba okey!

CABAR DIRIMU
Inilah definisi fearless girls sebenar! Cuba makanan tempatan, lakukan aktiviti yang selama ini kamu tak berani cuba seperti bungee jumping, sky diving dan sebagainya. Resist the temptation to plan, plan,plan. Bebaskan diri daripada zon selesa dan cuba perkara baru!

PADATKAN JADUAL SEPANJANG PERCUTIAN

Kalau sudah ada itinerari lengkap, tidaklah kamu terpinga-pinga memikirkan aktiviti apa yang nak dibuat. Ambil masa buat sedikit ‘homework’ seperti membaca review di Trip Advisor sebelum kamu sampai di lokasi percutian.

LOOK SUPERSTYLISH

Jika kamu bercuti ke pantai, kamu ‘wajib’ sapukan krim tabir suria. Jangan sampai badan kamu berbelang! Selain itu, alternatif untuk melindungi badan adalah dengan menggunakan selendang. Tapi jika destinasi percutian kamu adalah Lake Tahoe, mungkin kamu boleh gayakan mafla swag.

BLEND IN
Tak mencabarlah jika kamu asyik naik perkhidmatan awam bila nak ke mana-mana atau makan di restoran mewah saja. Inilah waktu terbaik untuk rasai kehidupan seperti penduduk tempatan. Bila sudah rasai pengalaman tersebut, kamu boleh berkongsinya dengan teman-teman lain.

RAKAM FOTO UNTUK ALBUM
Memang kamu akan kongsi segalanya di Twitter dan Instagram, tapi lebih bermakna jika kamu rakam gambar, catitkan tarikh dan nama tempat yang kamu kunjungi di belakang foto tersebut, kemudian simpan dalam album. Bila-bila masa kamu nak imbas kembali memori indah, selak saja album!

BERENDAM DAN TENANGKAN MINDA
Siapa kata pilihan gel mandian tak penting? Jangan silap okey. Sesetengah gel mandian mengandungi minyak pati yang mampu menenangkan tubuh dan minda.

BERKONGSI TIP
Ada teman yang mahu ke destinasi percutian sama denganmu? Tak salah berkongsi tip dan info berguna, sekali gus kamu boleh sebarkan kegembiraan pada orang ramai. Barulah fun, fearless, fabulous girl!

MUAT TURUN APLIKASI BERGUNA
Cosmo jatuh cinta dengan Yelp, it is a lifesaver when exploring a new place. Ia mudahkan kamu cari tempat makan yang sedap dan menarik. Selain itu, download Soulver untuk bantu rancang perbelanjaan mengikut bajet serta Lounge Buddy untuk peluang berehat di airport lounge secara percuma ketika transit.

HIT THE TOWN
Setiap destinasi yang kamu pergi mempunyai vibe berbeza. Janganlah asyik duduk terperuk dalam bilik saja. Keluar dan nikmati night life! Manalah tahu kamu akan terserempak dengan jejaka kacak…

Foto: 123rf.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist