Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Perkara Kamu Perlu Ingat Bila Jatuh Cinta

 

Kamu baru berkenalan dengan seorang jejaka istimewa – he’s hot dan hatimu mula rasa berbunga-bunga. Dah boleh buat apa saja? Tunggu dulu…

40893964 - young couple in love wrapped in plaid standing and embrace

 

 

1. Jangan jadi terlalu selesa. Hanya kerana kamu boleh sembang sempoi dengannya, tak bermakna malam itu kamu boleh berkaraoke sumbang habis hingga lupa diri. Pasti si dia terkejut!

 

2. Seks pada peringkat ini? No, no, no! Dia hanya teman lelaki, bukan suami. Ia bukan penentu cinta okey!

 

3. Lelaki dibenarkan untuk ubah fikiran. Jika dia “lesap” selepas beberapa kali berjanji temu, jangan terus anggap dia “tak guna”. Mungkin kamu tidak menepati ciri suri hatinya.

 

4. Jangan ubah status di Facebook dari ‘single’ ke ‘in a relationship’ selepas satu atau tiga janji temu. Tunggu sehingga dia sendiri ucapkan bahawa kamu teman wanitanya.

 

5. Boleh saja jika kamu nak telefon dia lebih kerap daripada dia menghubungi kamu. Tapi bersedialah dengan akibatnya. Lebih selamat kamu ikut cara lama kerana lelaki biasanya lebih suka jadi ‘pemburu’ dari diburu.

 

6. Jangan melebihi batas-batas pergaulan kerana menyangka si dia sukakannya. Bukan wanita saja yang mahukan komitmen, ada juga lelaki yang menganggap ia lebih penting dari sentuhan mesra.

 

7. Elak upload gambar kamu dengan anak-anak patung. Si dia boleh jadi turn off kerananya!

 

8. Jangan buatkannya biskut berbentuk hati! Ada kemungkinan si dia tak anggap ia sesuatu yang cute pun.

 

9. Jika nalurimu mengatakan ada sesuatu yang tak kena, sebaiknya ‘angkat kaki’. Contohnya, dia suka keluarkan ayat-ayat lucah, ucap perkataan kesat bila memandu atau kutuk orang tak tentu pasal. Naluri adalah amaran awal bagi melindungi kamu dari melakukan kesilapan besar.

 

10. Perlukah Cosmo ingatkan yang dia tak perlu tahu setiap butiran ala autobiografi kamu pada permulaan janji temu? Jadi, beringatlah ya.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor