10 Perkara Jutawan Buat Setiap Hari
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Perkara Jutawan Buat Setiap Hari

Nak jadi kaya dan berjaya? Ini antara perkara yang jutawan buat setiap hari.

48488799 - woman dreaming of financial success

 

1. Elak bergaul dengan mereka yang negatif. Terutama jika ada kawan yang selalu beri pendapat tak ‘membina’. Kenapa? Kerana ia boleh mengurangkan keyakinan dan menghalang kamu untuk berjaya.

 

2. Fokus bila bekerja. Mereka tidak buang masa lama untuk keluar makan tengah hari apatah lagi membelek media sosial.

 

3. Bersukan sebagai salah satu cara hilangkan tekanan kerja. Tidak kira walau sesibuk mana pun, mereka akan ambil masa untuk bersukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

 

4. Mereka percaya arguement adalah salah satu proses pembelajaran, tapi mesti kena dengan caranya: Bernada sopan dan menghormati orang lain.

 

5. Punyai jadual harian yang diatur secara bijak. Jadi  mereka sudah tahu di mana dan apa yang perlu dilakukan sepanjang minggu.

 

6. Memiliki kumpulan penasihat dari pelbagai aspek kehidupan. Tujuan ‘berkawan’ dengan orang sebegini adalah untuk dapatkan nasihat tentang kewangan, hartanah dan sebagainya.

 

7. Check baki dalam bank. Ya, mereka tak pernah abaikan baki yang ada dalam akaun bank. Walaupun angkanya besar, tapi dari situ juga mereka boleh kenal pasti aktiviti keluar masuk duit. Mereka juga tidak akan berbelanja di luar kemampuan.

 

8. Perkataan ‘tidak’ dan ‘mungkin’ tak pernah wujud dalam kamus hidup mereka. Sebabnya, mereka mahu orang lain percaya  pada kebolehan mereka.

 

9. Kekalkan jarak dengan rakan sekerja. Kebanyakan wanita suka berkongsi masalah peribadi dengan rakan sekerja, tapi golongan millionaires akan asingkan hubungan di tempat kerja dengan di luar tempat kerja. Barulah profesional.

 

10. Kegagalan adalah kejayaan. Walaupun sudah berjaya, mereka juga pernah gagal. Dan kegagalan itulah yang membawa mereka ke arah kejayaan.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor