10 Perkara Jejaka Kurang Faham Mengenai Wanita - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
10-Perkara-Jejaka-Kurang-Faham-Mengenai-Wanita

10 Perkara Jejaka Kurang Faham Mengenai Wanita

Cosmo buat tinjauan terhadap beberapa jejaka dan ini pengakuan jujur mereka! 

Foto: Shutterstock.com

1. “Kenapa kalau membeli, nak memilih tu punyalah lama. Benda semua sama tapi nak memilih makan masa berjam-jam. Apa dalam kepala wanita sebenarnya? Susah sangat ke nak membeli? Stress!” – Abdul Qoyyum Shahirman, Ahli Fisioterapi

2. “Tak faham kenapa kita asyik kena tunggu dia, bila dia kena tunggu kita perkataan menunggu tu seperti tak wujud pun dalam kamus hidup dia.” – Hakim Azmi,  Pengaturcara

3. “Kenapa perlu seksi setiap masa? Seksi tak bermakna kamu perlu dedahkan kulit setiap masa.” – Aidil, Penulis

4. “Mereka selalu tak percaya bila kita cakap merekalah yang paling cantik kita pernah jumpa. Pujian saya ikhlas tau!” – Nash, Eksekutif IT

5. “Perlu ke besarkan hal kecil? Kalau boleh selesai cara baik, bincang saja. Bukan melenting tak tentu pasal.” – Akmal, Juruteknik

6. “Melenting atau marah pada benda yang tak sepatutnya. Tolong bawa bertenang.” – Amirul Haikal, Kitchen Helper

7. “Everything!” – Syed Hafiz, Pelajar

8. “Mengapa wanita terhegeh-hegeh mahu jejaka swag? Walhal kebanyakan jejaka swag selalunya berpoket kosong.” – Fakhruddin, Mekanik

9. “Kalau tahu jawapan yang diterima menyakitkan hati, janganlah tanya soalan pelik. Buat apa sakitkan hati sendiri?” – Bazil Bakri, Freelancer

10. “Tak faham perempuan yang suka barang mahal. Berjimat lebih baik, kan?” – Aizat Azgore, Eksekutif

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor