10 Perkara Dalam Fikiran Gadis Solo - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Perkara Dalam Fikiran Gadis Solo

Kamu masih solo? Semak sama ada 10 perkara ini pernah bermain di fikiran kamu atau tidak.

 

39829073_m

 

1. “Saya bebas!” Kamu boleh lakukan apa saja yang dimahukan. Setiap keputusan boleh dilakukan sendiri tanpa perlu menunggu jawapan daripada sesiapa.

 

2. “Katil ini saya punya.”  Tak perlu berkongsi katil dengan orang lain memang seronok! Bolehlah tidur dengan pelbagai gaya.

 

3. “Berhenti bertanya kenapa saya masih belum berpunya!” Kamu  tahu jodohmu masih belum sampai. So, just enjoy your life.

 

4. “Saya tak perlu dengar bebelan lelaki…”  Ya, seperti SMS yang diterima BFFmu daripada suaminya bertanyakan bila nak balik rumah.

 

5. “Jika BFF ada teman lelaki, ini masalah besar.” Kamu dan teman baik kongsi semua perkara bersama. Sehinggalah dia dapat teman lelaki dan kamu ditinggalkan…

 

6. “Yes! Saya tak perlu kongsi apa-apa pun.” Segala jenis barang mahupun makanan tak perlu dikongsi dengan sesiapa. Begitu juga rumah dan bilik air. Ya, beruntungnya menjadi solo!

 

7. “Apa juga jenis makanan, saya boleh masak.” Nasi lemak tengah malam? Bukan masalah besar. Apatah lagi makan popcorn kala tonton drama di rumah.

 

8. “Ini masa untuk diri sendiri.” Penting untuk luangkan masa dengan diri sendiri supaya kamu boleh rehatkan badan dan minda.

 

9. “Berhenti bermanja-manja depan saya.” Pasti kamu rasa pasangan itu sengaja nak berpelukan, bermesra dan berpegangan tangan di depan kamu. Menjengkelkan dan sakit mata kamu melihatnya!

 

10. “Tidak bercukur, dan saya sukakannya.” Tiada orang boleh judge bila kamu tak cukur bulu kaki. Bila nak keluar, sarungkan saja seluar panjang. Takkan ada orang perasan.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor