Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

10 Perkara Buatkan Si Dia Lebih Jatuh Cinta Padamu

 

Kamu mungkin fikir nombor tiga adalah suatu yang simple, tetapi buat si dia, ia adalah something huge. Ini caranya untuk buat dia kembali jatuh cinta denganmu.

 

40345310_l

 

1) Apabila kamu buat si dia ketawa

Marilyn Monroe pernah berkata, “jika kamu boleh buat wanita ketawa, kamu boleh buat wanita lakukan apa saja.” The same applies to men too. Sesetengah wanita mungkin ada power untuk buatkan para lelaki lakukan apa saja walaupun kamu tak buatkan si dia ketawa tetapi si dia akan lebih sayang kamu jika kamu buat si dia ketawa.

 

2) Apabila kamu tertidur di bahu si dia

Ini adalah antara “5 Perkara Paling Top Lelaki Anggap Adorable Walaupun Lelaki Jarang Menggunakan Perkataan ‘Adorable dan Juga Perkataan ‘Jarang.’” Saya takkan mahu baca list tersebut.

 

3) Apabila kamu pulangkan semula salah satu sweatshirts si dia

Jangan curi! Seseorang yang tahu bagaimana untuk pinjam dan pulangkan semula barang yang dipinjam… itu adalah the kind of person yang lelaki pasti jatuh cinta.

 

4) Apabila si dia terjaga di sebelahmu dan sedar betapa beruntungnya si dia memilikimu

Percaya tak si dia lakukan perkara ini lebih kerap daripada apa yang kamu tahu. Cuma si dia akan tidur semula sehingga tiga jam lamanya dan kamu pasti naik angin kerana dia tidur sampai waktu makan tengah hari.

 

5) Pertama kali kalian meluangkan masa bersama di katil

Meluangkan masa 24 jam bersama dan tidak pernah bosan adalah moment kalian menjadi daripada “sort of a couple maybetothis is definitely a thing.” Ini mungkin pertama kali si dia sedar bahawa dia telah jatuh cinta kepadamu.

 

6) Apabila dia tidak dapat berjumpa denganmu buat masa yang lama

Absence makes the heart go fonder.” Percayalah!

 

7) Apabila kamu memberinya kepuasan dari segi seksual

Satu cara untuk mencuri hati si dia adalah melalui perutnya. Tapi jangan kamu lupa kepuasan dari segi seksual juga bisa membuatkan si dia lebih jatuh cinta.

 

8) Apabila kamu sentiasa ada bersamanya saat si dia memerlukanmu

Sama ada dia baru kehilangan kerja atau pasukan kegemarannya kalah, dia pasti menghargai kamu yang sanggup bersamanya walaupun kamu tak faham kenapa si dia sangat sedih.

 

9) Selepas pergaduhan besar kalian

Kebanyakan pasangan menghadapi saat ini selepas bergaduh besar! Kalian akan berfikir dan membuat keputusan sama ada hubungan kalian patut diteruskan atau tidak. Walaupun pergaduhan itu tidak lah fun tetapi bagaimana kalian sanggup bergaduh untuk menyelesaikan masalah kalian akan membuatkan si dia lebih menyayangimu.

 

10) Apabila kalian menghadapi salah satu moment indah ketika bergelar kekasih

This is what people call Perfect Couple Days. Berbeza buat semua orang tetapi setiap pasangan mempunyai hari-hari di mana semuanya berjalan lancar dan indah ketika bersama. Tidak kira lah sama ada ketika kalian keluar hiking bersama atau menonton cerita hantu secara marathon. Ini merupakan hari dan detik di mana si dia akan sentiasa ingat tentangmu apabila kalian bergaduh.

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Frank Kobola

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor